• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Isu Pelajar Malaysia Kongsi Pandangan ‘Gadis Hijab Suka Menari’, Ustazah Asma Tampil Beri Teguran!

Pendakwah bebas ini memohon maaf kerana telah melakukan teguran secara terbuka..

by Naddy Joe
May 19, 2022
Share on Facebook

Pendakwah terkenal, Ustazah Asma Harun baru-baru ini tampil memberikan teguran terhadap seorang pelajar Malaysia yang pernah berkongsi pandangannya sebagai gadis berhijab yang suka menari sewaktu ditemubual platform antarabangsa BBC World Service.

Hidup Bukan Semata-Mata Bersandarkan Logik Akal Atau Pendapat Peribadi

Menerusi laman Facebook, Ustazah Asma menitipkan pesanan terhadap pelajar tersebut bahawa sebagai wanita Islam, cara hidup di bumi ini bukan semata-semata bersandarkan kepada logik akal atau pendapat peribadi.

“Saya menuliskan ini daripada hati yang kasih akan kamu. Sebagai seorang wanita Islam, cara hidup kita di atas bumi Allah ini bukan semata-mata bersandarkan kepada logik akal atau pendapat peribadi, tetapi setiap perkara ada garis panduannya menurut Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.”-Ustazah Asma

via Twitter

Mohon Maaf Beri Teguran Secara Terbuka

Pendakwah bebas ini memohon maaf kerana telah melakukan teguran secara terbuka kerana rasa bimbang jika anak muda lain memandang ringan isu terbabit lalu mengambil sebagai pegangan hidup.

“Maaf saya lakukan teguran ini secara terbuka kerana luasnya liputan video temu bual bersama pihak BBC tersebut. Saya bimbang ramai yang sudah menonton terutamanya anak muda lain yang merasakan tiada masalah lalu diambil sebagai pegangan hidup. Nauzubillah.”-Ustazah Asma

Usaha Henti Lakukan Konten Menjatuhkan Nilai Sebagai Orang Islam

Tambahnya lagi, dia turut meminta para ‘influencer’ di media sosial untuk menjadi insan yang mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat  Islam serta berusaha untuk berhenti melakukan konten yang menjatuhkan nilai diri sebagai muslimin dan muslimah.

“Ya, kalian diperlukan dalam pelbagai segi, namun bukan dengan cara begini. Kasihanilah diri sendiri. kita semua bakal mati, janganlah ditangguhkan lagi, hajat untuk kembali. Atas tiket apa sekalipun, jadilah ‘INFLUENCER’ yang ada rasa atanggungjawab kepada masyarakat Islam, serta tidak menyumbang kepada kerosakan yang sedia parah ini.

Usahalah untuk hentikan apa jua ‘content’ yang menjatuhkan nilai diri sebagai orang Islam lebih-lebih lagi sebagai seorang wanita Muslimah.”-Ustazah Asma

via Twitter

Murai MY sebelum ini melaporkan video temubual menerusi platform BBC World Service yang tular di media sosial, menampilkan pelajar dari Malaysia yang juga pelajar di Korea Selatan tampil berkongsi pandangannya sebagai gadis berhijab yang suka menari. Sabrina berkata hijab tidak pernah menjadi penghalang untuk dirinya meneruskan minat dalam dunia tarian.

"I like my hijab and I like dancing."

How this young K-pop dancer from Malaysia deals with hate comments

More on how K-pop conquered the world https://t.co/qR2LK84ua3 pic.twitter.com/topbD7Ujo8

— BBC World Service (@bbcworldservice) May 10, 2022

"Saya Terharu & Rasa Dihargai"- Gaya Tudung Dipuji, Elly Mazlein Tekad Jadi Muslimah Terbaik
Sabrina AzharUstazah Asma Harun
https://lomp.at/e3niv
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore