• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Isu Doktor Pelatih Malaysia Cuba Bunuh Diri Kerana Dibuli, Dr Amalina Tampil Bersuara!

Dr Amalina berpendapat, kelaziman buli yang berlaku di kalangan doktor pelatih di seluruh dunia seharusnya ditangani dengan segera.

by Naddy Joe
May 23, 2022
Share on Facebook

Isu yang tular di media sosial membabitkan doktor pelatih yang dibuli secara emosi di sebuah hospital kerajaan sehingga menyebabkan berlaku cubaan membunuh diri mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah personaliti terkenal yang juga pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri yang mengakui isu tersebut bukanlah perkara baru yang berlaku.

Kejadian Buli Di Tempat Kerja Sebanyak 13%

Menerusi hantaran di Instagram, Dr Amalina tampil bersuara selepas mendengar berita mengenai buli yang melanda doktor pelatih di Malaysia dan mengakui ia bukanlah perkara baru malah sudah berlaku selama bertahun-tahun.

“Saya terdengar berita mengenai buli di kalangan doktor pelatih di Malaysia. Sejujurnya, ini bukanlah perkara baru dan telah berlaku selama bertahun-tahun.

Satu kajian ke atas 1000 doktor pelatih di Malaysia menunjukkan bahawa kelaziman buli di dempat kerja adalah sebanyak 13%”-Dr Amalina

Kelaziman Buli Harus Ditangani

Dalam pada itu, Amalina juga berpendapat kelaziman buli yang berlaku di kalangan doktor pelatih di seluruh dunia seharusnya ditangani dengan segera.

“Walaubagaimanapun, kelaziman buli yang meluas di kalangan doktor pelatih di seluruh dunia, ia harus ditangani segera dengan penyelesaian tempatan.”-Dr Amalina

Bersyukur Bekerja Dalam Persekitaran Yang Baik

Amalina turut berkongsi bahawa dia berasa bersyukur kerana bekerja dalam persekitaran yang baik dan mempunyai rakan sekerja yang menghormati antara satu sama lain.

“Saya sangat bertuah kerana bekerja dalam persekitaran di mana saya secara peribadi tidak dibuli dan rakan sekerja saya sangat baik dan menghormati antara satu sama lain tanpa budaya hierarki.”-Dr Amalina

Sebelum ini, tular di laman Twitter mengenai perkongsian bekas doktor pelatih yang mendedahkan kes buli secara emosi itu bermula selepas dua minggu ditempatkan di jabatan berkenaan.

Dipetik daripada laporan Berita Harian, Jabatan Kesihatan Kelantan (JKNK) mengesahkan kes membabitkan seorang doktor pelatih yang didakwa cuba membunuh diri berlaku pada 2019 dan ditularkan semula di media sosial.

dr amalina bakri
https://lomp.at/x460m
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

  2. 2

    Nasi Berlauk Sedap RM5 Jer, Ini Warung Yati Di KL Yang Wajib Singgah!

  3. 3

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  4. 4

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  5. 5

    Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore