Thursday, June 30, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Gossip

Isu Doktor Pelatih Malaysia Cuba Bunuh Diri Kerana Dibuli, Dr Amalina Tampil Bersuara!

Dr Amalina berpendapat, kelaziman buli yang berlaku di kalangan doktor pelatih di seluruh dunia seharusnya ditangani dengan segera.

by Naddy Joe
May 23, 2022
Isu Doktor Pelatih Malaysia Cuba Bunuh Diri Kerana Dibuli, Dr Amalina Tampil Bersuara!
Share on Facebook

Isu yang tular di media sosial membabitkan doktor pelatih yang dibuli secara emosi di sebuah hospital kerajaan sehingga menyebabkan berlaku cubaan membunuh diri mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah personaliti terkenal yang juga pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri yang mengakui isu tersebut bukanlah perkara baru yang berlaku.

Kejadian Buli Di Tempat Kerja Sebanyak 13%

Menerusi hantaran di Instagram, Dr Amalina tampil bersuara selepas mendengar berita mengenai buli yang melanda doktor pelatih di Malaysia dan mengakui ia bukanlah perkara baru malah sudah berlaku selama bertahun-tahun.

“Saya terdengar berita mengenai buli di kalangan doktor pelatih di Malaysia. Sejujurnya, ini bukanlah perkara baru dan telah berlaku selama bertahun-tahun.

Satu kajian ke atas 1000 doktor pelatih di Malaysia menunjukkan bahawa kelaziman buli di dempat kerja adalah sebanyak 13%”-Dr Amalina

Kelaziman Buli Harus Ditangani

Dalam pada itu, Amalina juga berpendapat kelaziman buli yang berlaku di kalangan doktor pelatih di seluruh dunia seharusnya ditangani dengan segera.

IKLAN

“Walaubagaimanapun, kelaziman buli yang meluas di kalangan doktor pelatih di seluruh dunia, ia harus ditangani segera dengan penyelesaian tempatan.”-Dr Amalina

Bersyukur Bekerja Dalam Persekitaran Yang Baik

Amalina turut berkongsi bahawa dia berasa bersyukur kerana bekerja dalam persekitaran yang baik dan mempunyai rakan sekerja yang menghormati antara satu sama lain.

“Saya sangat bertuah kerana bekerja dalam persekitaran di mana saya secara peribadi tidak dibuli dan rakan sekerja saya sangat baik dan menghormati antara satu sama lain tanpa budaya hierarki.”-Dr Amalina

Sebelum ini, tular di laman Twitter mengenai perkongsian bekas doktor pelatih yang mendedahkan kes buli secara emosi itu bermula selepas dua minggu ditempatkan di jabatan berkenaan.

Dipetik daripada laporan Berita Harian, Jabatan Kesihatan Kelantan (JKNK) mengesahkan kes membabitkan seorang doktor pelatih yang didakwa cuba membunuh diri berlaku pada 2019 dan ditularkan semula di media sosial.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: dr amalina bakri
Share2Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

“Tak Berani & Tak Berminat”- Fasha Sandha ‘Reject’ Lakukan Pembedahan Kecilkan Perut Biarpun Ditaja
Gossip

“Tak Berani & Tak Berminat”- Fasha Sandha ‘Reject’ Lakukan Pembedahan Kecilkan Perut Biarpun Ditaja

by Naddy Joe
June 30, 2022

Pelakon berbakat, Fasha Sandha membuat perkongsian bersama peminat mengenai perjalanannya untuk menguruskan badan selepas menjadi ibu kepada tiga orang anak....

Read more
[VIDEO] “Dato’ Pun Menangis Tengok Kamu Pulang”- Eina Azman Titip Ucapan Menyentuh Hati Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah
Gossip

[VIDEO] “Dato’ Pun Menangis Tengok Kamu Pulang”- Eina Azman Titip Ucapan Menyentuh Hati Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah

by Naddy Joe
June 30, 2022

Pelakon, Datin Paduka Eina Azman berkongsi rasa sedih apabila terpaksa berpisah dengan pembantu rumah kesayangannya yang mengambil keputusan untuk pulang...

Read more
Dahi, Pipi Koyak Akibat Kemalangan…Rakan Selebriti & Peminat Titip Doa Buat Ronnie Hussein
Gossip

Dahi, Pipi Koyak Akibat Kemalangan…Rakan Selebriti & Peminat Titip Doa Buat Ronnie Hussein

by Naddy Joe
June 30, 2022

Penyanyi dan bekas vokalis kumpulan Hyper Act, Ronnie Hussein dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam. Berita itu dikongsi sendiri...

Read more
Shila Amzah Bagi ‘Hint’ Sudah Berpunya & Sedia Untuk Berkahwin Semula?
Gossip

Shila Amzah Bagi ‘Hint’ Sudah Berpunya & Sedia Untuk Berkahwin Semula?

by Naddy Joe
June 29, 2022

Pelakon dan penyanyi, Shila Amzah menjawab soalan panas peminat mengenai kisah peribadinya, sewaktu berkongsi pautan NGL (Not Gonna Lie) di...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Chef Wan Setuju Ulasan Tan Sri Rafidah Aziz Persoal Kenaikkan Gaji Pengerusi FGV

  2. 2

    ‘Kau Pun Ada Special’-Netizen Simpati Dengan Luahan Hati Syafiq Yusof Puji Abangnya

  3. 3

    ‘Padu Weh Time Ending’- Artis & Peminat Puji Lakonan Zarina Zainoordin Dalam Mat Kilau

  4. 4

    “Batang Penyapu Ke B*b*!” – Ini Respond Sakinah Bila Dapat Komen Yang Mengarut Di Media Sosial

  5. 5

    Anak Azhar Sulaiman Sekali Lagi Dikritik Selepas Kongsi Video Seksi Di TikTok

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera