Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

‘Lokasi Strategik Tapi Hambar’- Netizen Cari Punca Kenapa Fahrenheit Mall Ibarat Seperti ‘Hidup Segan Mati Tak Mahu’

Pusat membeli-belah terkenal di ibu kota menjadi bualan panas netizen di media sosial

by Puteri Alia
May 24, 2022
via Twitter / Fahrenheit88

via Twitter / Fahrenheit88

Share on Facebook

Tular di media sosial baru-baru ini, di mana warganet rancang berbual tentang sebuah pusat membeli-belah terkenal di ibu kota.

Lokasi Strategik Tapi

Perdebatan hangat ini mendapat perhatian ramai gara-gara tweet salah seorang pengguna media sosial yang memuatnaik foto pusat membeli-belah di laman Twitter dengan ciapan yang menggambarkan keadaan pusat membeli-belah berkenaan.

“Fahrenheit mall ni hidup segan mati tak mahu. Kedai banyak tutup. Lokasi strategik center of golden triangle pun tak menjamin kejayaan” ciapnya

via Twitter

Cari Punca Pusat Beli-Belah Tak Laku

Melihat tweet tersebut, ramai pengguna media sosial turut berkongsi pandangan mereka dan menyuarakan beberapa faktor mengapa pusat membeli-belah terkenal kurang mendapat sambutan dari orang ramai meski berada di lokasi yang startegik.

“Sebab sewa mahal lepas tu kedai pula ada yang tutup pukul 8, ada yang tutup pukul 10.. Kemudian, tak ada tarikan sangat.. Orang masuk kadang kalau dekat luar hujan.”

“Sewa mahal, pengurusan tak reti nak buat sesuatu untuk tarik pelanggan. Penyewa lari sebab jualan tak ada.”

“Sukar nak cari penyewa kot, sebab lokasi seberang Pavi.” Ciap mereka

via Twitter

Netizen Beri Cadangan

Walaupun ramai yang berkongsi pandangan punca nasib pusat membeli-belah berubah hambar, ada juga warganet memberi cadangan dan idea yang lain pula.

“Kena pandai revamp macam Lot10.. Dulu Lot10 pun dah nyawa-nyawa ikan.”

“Kena banyakkan restoran best best dalam tu.. Jadikan syurga makanan.” Cadang mereka

via Twitter

Tak kurang juga ada yang mencadangkan agar pusat membeli-belah tersebut dibangunkan sebagai kawasan penempatan atau kawasan taman hijau sebagai riadah.

“Baik tukar jadi PPR je lah.”

“Patut buat gelanggang badminton satu, orang habis kerja terus jalan kaki ke sana tukar baju terus smash.”

“Bayangkan pusat beli-belah tu dirobohkan dan ada taman jalan hijau di tengah semua pusat beli-belah mesti auto viral dan ramai orang.” Cadangan mereka lagi

Apa pandangan anda?

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya
fahrenheit mallViral
https://lomp.at/o9i8h
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore