Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

‘Apa Masalah Pada Diri Saya’- Iqbal Zulkefli Berazam Mahu Jadi Penyanyi

Iqbal turut memberitahu bahawa dia tetap akan meneruskan rakaman lagu dan akan menyanyi lagi di atas pentas jika berpeluang.

by Naddy Joe
May 24, 2022
Share on Facebook

Pernah mendapat kecaman ramai kerana menyertai program realiti Big Stage 2022, usahawan kontroversi dan penyanyi, Iqbal Zulkefli tampil memberi penjelasan sebab dirinya yang masih tidak mahu berhenti menyanyi.

Persoal Diri Tak Mampu Ikut Tempo Dengan Betul

Menerusi Insta Stories, Iqbal menyatakan bahawa dirinya bukanlah tidak menyedari passion nya bukanlah ke arah bidang nyanyian dan mempersoalkan dirinya yang tidak mampu untuk mengikut tempo dengan betul.

“Saya bukan tidak sedar ‘passion’ sya bukan ke bidang nyanyian. Memang sejak dulu, dan sekarang pun saya tidak bercita-cita untuk menjadi penyanyi.

Cuma saya tertanya, ‘kenapa budak kecil usia 6 tahun menyanyi pun boleh ikut tempo dengan tepat?’ ‘Apa masalah pada diri saya sehinggakan tidak mampu mengikut tempo dengan betul?”-Iqbal

Tambahnya lagi, Iqbal mengakui bahawa dirinya harus belajar vokal dan ianya bukanlah mengajar tentang ilmu menyanyi semata-mata.

“Saya rasa rentak dan tempo sangat penting dalam hidup kita. Untuk kestabilan minda. Jadi saya harus belajar. Dalam belajar vokal, ia bukan mengajar tentang ilmu menyanyi semata-mata.”-Iqbal

Tetap Akan Teruskan Rakaman Lagu

Bekas peserta program realiti Big Stage 2022 ini turut memberitahu bahawa dia tetap akan meneruskan rakaman lagu dan akan menyanyi lagi di atas pentas jika mempunyai peluang.

“Untuk rakaman lagu, saya akan tetap teruskan. Begitu juga jika ada peluang menyanyi di pentas lagi, saya akan menyanyi lagi.”-Iqbal

Sekadar info, Iqbal Zulkefli merupakan peserta yang ke-12 Big Stage 2022 dan mendapat kecaman hebat oleh netizen sehingga ada yang memintanya untuk menarik diri dari program tersebut. Walaubagaimanapun, Iqbal akhirnya diumumkan sebagai peserta yang pertama tersingkir dari program realiti itu pada minggu kedua selepas mendapat markah yang terendah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  2. 2

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  3. 3

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

  4. 4

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  5. 5

    Aisar Khaled Mahu Bantu Pembantu Rumah Dera Anak Majikan, Wak Doyok Beri Pesanan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara