Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

[VIDEO] “Tolong Stop Body Shaming Orang Lain”-Janna Nick Sedih Digelar Gemuk & Miliki Paha Besar

Janna sedih apabila digelar sebagai seorang wanita yang berbadan gemuk dan memiliki paha yang besar.

by Naddy Joe
May 25, 2022
Share on Facebook

Penyanyi,pelakon, dan pengacara Janna Nick tampil mendedahkan bahawa dia pernah terfikir untuk menjalani pembedahan bariatrik selepas dirinya pernah digelar gemuk dan memiliki paha yang besar.

Janna Sedih

Menerusi hantaran di Instagram, Janna dilihat memuatnaik video dirinya yang sedang memulakan sesi latihan di sebuah gimnasium. Janna kemudian berkongsi bahawa dia berasa sedih apabila digelar gemuk dan memiliki peha yang besar.

“Harini aku berasa sedih. Selama ni aku tak peduli. Bila orang cakap aku gemuk, paha aku besar. Tapi, this time around. Aku betul-betul terasa.”Janna Nick

Mahu Buktikan Boleh Kurus

Janna bagaimanapun mahu buktikan yang dia boleh menurunkan berat badan biarpun ada pihak yang cuba menyakitkan hatinya dengan kritikan.

“Sampai fikir nak potong perut lah. Bodoh kan? Tapi takpe la. Aku akan buktikan aku boleh kurus. Biarlah orang nak sakitkan hati aku. Yang penting aku Tak sakitkan hati orang lain.”

View this post on Instagram

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“Stop Body Shaming Orang Lain”

Pelantun lagu Gatal ini turut memesan kepada pengikutnya di media sosial agar berhenti melakukan body shaming terhadap orang lain.

“Aku harap korang yang tengok video aku Tolong STOP BODY SHAMING orang lain. It’s not cool!”-Janna Nick

Netizen & Rakan Selebriti Beri Semangat

Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti memberikan sokongan kepada Janna agar tidak cepat putus asa dan tidak mengambil peduli akan kata-kata negatif di media sosial.

“I love you the way you are!! U made me tear. This is really a message and thank you for motivating me too. You girl!!”-Jasper Supayah

“Let’s go adikku! We can do this. P/S Raf pun kena body-shaming lately  ?”-Raf Yaakob

“Sabar Janna. Jangan hiraukan apa yang orang kata. Now kata Janna gemuk. Esok-esok dah kurus diorang kata jugak. Gemuk atau kurus itu tidak penting. Yang penting Janna sentiasa sihat.”

“Jangan sedih. Still cantik bahagia itu cara kita bukan sebab orang. Tapi u tetap cantik sedap mata memandang. Kurus sangat pun tak cantik.”

Sekadar info, Murai MY sebelum ini melaporkan Janna Nick pernah berkongsi perancangannya untuk membina sebuah pusat tahfiz di Kampung Bukit Kechil, Kedah. Tambahnya lagi, pusat tahfiz yang diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Janna itu menelan kos kira-kira RM6 juta.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
janna nick
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara