Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

“Tak Pernah Ambil Kesempatan”-Peguam Hafidzah Dedah Sikap Rakan Baiknya, Zarina Anjoulie

Hafidzah mendedahkan bahawa Anju yang dikenalinya merupakan seorang yang sentiasa berkorban dan mudah rasa kasihan terhadap orang lain.

by Naddy Joe
May 26, 2022
59
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas selebriti dan usahawan, Zarina Anjoulie menyindir seorang pelakon dan pengacara terkenal kerana mengkritik tindakan rakan karibnya yang merupakan peguam, kini, Nurul Hafidzah Hassan tampil membuat perkongsian di media sosial mengenai sikap Zarina Anjoulie atau lebih dikenali sebagai Anju.

Menurut Hafidzah, Anjus adalah seorang wanita yang tidak pernah mengambil kesempatan terhadap orang lain.

Anju Mudah Kasihan Dengan Orang

Menerusi hantaran di Instagram, Hafidzah mendedahkan bahawa Anju yang dikenalinya merupakan seorang yang sentiasa berkorban dan mudah rasa kasihan terhadap orang lain.

“Anju tak pernah ambil kesempatan. Dia sentiasa jadi orang yang berkorban untuk orang lain. Dia sentiasa percaya orang dan cepat kasihan.

Saya selalu rasa sedih sebab Anju akan berakhir dengan kecewa bila ramai orang yang ambil kesempatan dalam kebaikannya. Dia ingat semua orang ikhlas”-Hafidzah

“Apa Yang Kita Nampak Tak Semestinya Betul”

Peguam itu turut memberitahu bahawa orang luar sering menghakimi Anju tanpa mengenali beliau terlebih dahulu.

“Kadang-kadang apa yang kita nampak tidak semestinya betul. Hanya kerana mungkin dia berkongsi fikirannya seminit di Instagram, kita cap dia macam-macam.

Kita gagal menilai setiap kebaikan seseorang terhadap orang lain, dan kita kira setiap apa yang buruk yang mungkin tak melibatkan urusan orang lain pun. Kita lupa buruk kita sendiri. Dan layanan kita dekat orang lain”- Kongsi Hafidzah

Di Akhir hantarannya, Hafidzah turut menitipkan doa buat Anju agar sentiasa dirahmati dan hanya Allah SWT sahaja yang mampu balas setiap kebaikan yang dilakukan oleh rakan karibnya itu.

Walaubagaimanapun, di ruangan komen, terdapat segelintir netizen menyindir peguam ini dalam hal mewakili Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun yang didakwa telah mendera anak istimewa, adik Bella.

Nurul Hafidzah Hassanzarina anjoulie
https://lomp.at/2j4zx
Share24Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem