Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Bang*ng Tahap Apa Ni”-Nourul Depp Berang Pihak MRSM Minta Mangsa Buli ‘Simpan Rahsia’ Dari Ibu Bapa?

Netizen tersebut turut mendedahkan bahawa pihak MRSM telah berpesan kepada pelajar-pelajar yang telah dibuli itu agar tidak memberitahu kes tersebut kepada ibu bapa mereka.

by Naddy Joe
May 26, 2022
Share on Facebook

Penyanyi, Nourul Depp tampil bersuara selepas kecoh mengenai kejadian buli secara kekerasan atau ‘ragging’ di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Menerusi hantaran di instagram, Nourul dilihat memuatnaik komen netizen yang dikenali sebagai @yatiezelani yang memberitahu bahawa anaknya bersama 8 rakan yang lain telah dibuli dan dipukul secara beramai-ramai oleh pelajar senior di MRSM berkenaan Sabtu lalu.

“Tengah susah hati ni kakak. Anak kami dengan 8 kawan kena buli pukul ramai-ramai senior kat MRSM Kuala Kubu Bharu Sabtu lepas.”-Dedah @yatiezelani

Pihak MRSM Minta Mangsa Buli ‘Simpan Rahsia’?

Netizen tersebut turut mendakwa bahawa pihak MRSM telah berpesan kepada pelajar-pelajar yang telah dibuli itu agar tidak memberitahu kes itu kepada ibu bapa mereka.

“Yang kesal, selepas 4 hari baru kami parents tau. Tu pun dari anak lain yang bagitau parents depa dah tak tahan sakit. Maktab pesan dengan anak-anak ni jangan bagitau parents..Sedangkan anak-anak tengah tahan sakit.”-Netizen

Ibu Bapa Main Peranan Besar

Bagi Nourul, dia berpendapat kes buli terlalu banyak yang berlaku. Justeru, ibu bapa perlu memainkan peranan agar anak-anak orang lain tidak menjadi mangsa.

“Saya tak suka buli. Siapa yang suka? TIADA SIAPA! Ini sudah melampau. Terlalu banyak berlaku. Dalam #MRSM lagi!!

Mak pak main peranan besaq. Anak-anak kaki buli sebab tak happy  di rumah. Anda perlu bertindak. Jika tidak, anak-anak orang lain jadi mangsa.”-Nourul

Persoal Tindakan MRSM

Nourul turut mempersoalkan tindakan pihak MRSM yang meminta pelajar untuk “menyimpan rahsia” kes buli mereka dan menyifatkan ia sebagai satu tindakan yang mengarut.

“Apa punya MRSM suruh simpan rahsia. Siapa head kat sana? Bangang tahap apa ni.?”-Nourul

Semoga pihak MRSM tidak berdiam diri terhadap kes serius itu serta pembuli-pembuli itu mendapat hukuman setimpal..

Nourul Depp Syukur Rumah Selamat, Tapi 13 Terkorban Dalam Banjir Kilat Bali
kes buli mrsmkkbNourul Depp
https://lomp.at/ejx6e
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    Bekas Pengawal Peribadi Shah Rukh Khan Dedah Jumlah Gaji Diterima

  3. 3

    Pulai Trail KL: Hutan Tersembunyi Di Tengah Bandar Yang Ramai Tak Sedar

  4. 4

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  5. 5

    Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara