Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Antarabangsa

‘Hanya 18 Bulan?’- Netizen Persoal Hukuman Penjara Bekas Anggota Big Bang Seungri

Tempoh tahanan bekas ahli kumpulan Kpop terkenal itu mendapat banyak respon dan reaksi netizen

by Puteri Alia
May 26, 2022
via Soompi/Instagram Seungri

via Soompi/Instagram Seungri

52
KONGSIAN
Share on Facebook

Kes perjudian dan pelacuran berprofil tinggi Burning Sun yang membabitkan bekas anggota kumpulan Big Bang, Seungri pada enam tahun lalu masih segar dalam ingatan orang ramai yang mengikuti perkembangan kes tersebut.

Terbaru media Korea Selatan, Soompi melaporkan bahawa bekas penyanyi tersebut akan menjalani hukuman penjara selama 18 bulan. Keputusan dibuat oleh Mahkamah Agung Korea dan memutuskan tertuduh akan menjalani hukuman sehingga bulan Februari tahun depan.

Netizen Persoal Tempoh Hukuman

Pada awalnya Seungri dihukum menjalani tiga tahun hukuman, namun selepas mengaku bersalah mahkamah rayuan mengurangkan tempoh hukuman selama 18 bulan atau setahun dan enam bulan. Malah Mahkamah Agung Korea juga telah mengesahkan tempoh hukuman tersebut.

Berita yang tular di media sosial itu mendapat banyak respon dan reaksi dari warganet, rata-rata ramai pengguna media sosial mempersoalkan tempoh hukuman yang dijatuhkan terhadap tertuduh sangat singkat dan mengatakan ia tidak adil.

“Hanya 18 bulan?”

“Keluar Februari? Blackpink hiatus pun lagi lama dari itu. Dengan banyak pertuduhan, hukuman dia agak ringan.”

“18 bulan???? Kes mahkamah lagi lama dari hukuman sebenar bang.”

“Mereka ambil masa 6 tahun untuk 18 bulan tahanan.” Ciap mereka hampa

via Twitter

“Patutnya 18 tahun”

“Macam mana boleh hanya 18 bulan.. Dia ada peguam yang bagus kerana ia sangat rendah.”

“6 tahun untuk 18 bulan? Sememangnya lawak.”

“Sekali lagi sistem keadilan membuktikan mereka tidak ambil berat tentang wanita.” Ciap netizen berang

via Twitter

Sekadar info, Seungri atau nama sebenarnya Lee Seung-hyun didakwa bersalah diatas ke semua sembilan pertuduhan termasuklah menjadi orang tengah membeli pelacur dan mengaturkan perkhidmatan pelacuran kepada pelabur.

Serta terlibat dengan jenayah gangguan seksual, keganasan dan juga perjudian antarabangsa. Kontroversi kes berporfil tinggi yang berjalan selama enam tahun ini diakhiri dengan tahanan tertuduh selama setahun dan enam bulan dan dijangka keluar penjara pada bulan Februari tahun depan!

G-DRAGON Bakal Mengadakan Konsert Jelajah Di Kuala Lumpur Selama 2 Hari Berturut!
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
bigbangburning sunseungri
https://lomp.at/kc0tq
Share21Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem