Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

‘Jangan Tunding Jari Je’- Muat Naik KPDNHEP Tentang Isu Harga Ayam Undang Kritikan Netizen?

by Puteri Alia
May 27, 2022
via Facebook KPDNHEP

via Facebook KPDNHEP

54
KONGSIAN
Share on Facebook

Salah satu muat naik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Instagram dan laman Facebook, mencetuskan rasa tidak puas hati orang ramai terutama dikalangan peniaga di media sosial kementerian tersebut.

Saran Buat Laporan Jika Harga Ayam Naik

Hantaran yang mendapat kritikan warganet adalah tentang isu harga ayam, melihat pengumuman yang ditulis oleh kementerian itu, KPDNHEP menyarankan orang ramai untuk membuat laporan jika mendapati ada penjual yang menjual ayam dengan harga yang tinggi.

“Sekiranya terdapat sebarang kenaikan harga yang melebihi harga kawalan atau sebarang mengenai masalah isu tersebut boleh laporkan aduan lengkap kepada kami.” Nyata KPDNHEP

via Instagram/Facebook KPDNHEP

Anggap Tindakan Seperti Menunding Jadi

Muat naik kementerian tersebut mendapat respon negatif segelintir orang kerana menganggap cara pihak kementerian itu seolah-olah menunding jadi kepada pihak peniaga ayam.

“Bukan ke harga kawalan termasuk dengan si penternak dan si pengeluar??? Kenapa penjual yang dipertikaikan sahaja.. Jangan tunding jari je”

“Dah gagal jangan ditunding kepada orang lain..” Komen mereka

via Instagram/Facebook KPDNHEP

“Ada bagi guideline ni untuk kilang, reban? Asyik-asyik peniaga yang kena.. Tak guna, dari atas sampai bawah menghabiskan duit rakyat”

“Kalau paksa jual harga kawalan tapi bagi subsidi tak apa. Paksa jual harga kawalan dengan peratus untung tak sampai 2% selama hampir 6 bulan, adakah kerajaan bagi geran subsidi atau pelepasan sewa? Rasanya tak ada.”

“Peniaga pun pengguna.. Kalau dah pembekal bagi mahal, takkan lah peniaga nak ambil kos tu. Pergi check kilang.. Check player player besar tu.” Komen netizen

Isu harga ayam kini kian menjadi bualan hangat dikalangan rakyat Malaysia, apatah lagi masalah kekurangan bekalan makanan juga menjadi isu panas ketika ini.

Pihak kementerian perlu beri garis panduan selengkapnya tentang berapa harga jualan yang munasabah bagi pihak pembekal dan juga peniaga barulah orang ramai puas hati dan tahu duduk perkara. Apa pandangan anda?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Harga AyamKPDNHEP
https://lomp.at/w0e1s
Share22Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem