Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Rina Harun Titip Harapan Kes Bella Dapat Keadilan, Netizen Ini Mahu Bongkar Kebenaran?

Rina Harun menyatakan bahawa Bella dan rakan-rakan berada dalam keadaan baik

by Naddy Joe
May 31, 2022
Share on Facebook

Baru-baru ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun mengeluarkan kenyataan di media sosial menitipkan harapan agar kes adik Bella dapat dibicarakan dengan seadilnya. Kes adik Bella menjadi perhatian rakyat Malaysia disebabkan kecederaan teruk yang dihadapi sewaktu berada dalam jagaan penjaga di Rumah Bonda.

Bella Berada Dalam Keadaan Baik

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan di Facebook, Rina Harun menyatakan bahawa Bella dan rakan-rakan berada dalam keadaan baik dan sedang menjalani proses pemulihan dan kaunseling di institusi kanak-kanak di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

“Saya sentiasa memantau keadaan adik Bella dan memberi sokongan dengan memastikan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa memberikan sokongan psikososial buat Bella dan rakan-rakannya bagi mengembalikan semangat dan keceriaan buat anak istimewa ini.”-Kata Rina Harun

via Instagram Rina Harun

Netizen Mahu Bongkar Kebenaran?

Walaubagaimanapun, apa yang mencuri perhatian di hantaran Rina Harun adalah komen dari seorang netizen yang mahu mendedahkan apa yang pihak terlibat sudah lakukan dalam diam untuk menyelamatkan Rumah Bonda.

“Ok nanti saya share pada umum apa yang korang dah buat dalam diam untuk selamatkan Rumah Bonda. Sebab korang prihatin sangat. Biar semua tahu lepas ni dekat mana sebenarnya pendirian korang dalam mencari ‘keadilan’ konon nya buat adik Bella.”-Komen Netizen

via Instagram Rina Harun

Di akhir kenyataan yang dimuatnaik di media sosial, Rina Harun turut berpesan kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak menyebarkan maklumat yang kurang tepat berkaitan kes adik Bella serta menghormati prosiding yang sedang berlangsung di mahkamah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kes adik bellaRina Harun
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara