Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Terima Banyak Komen Ejek Bentuk Tubuhnya, Ini Reaksi ‘Padu’ Shila Amzah

Video yang dimuatnaik penyanyi antarabangsa ini mencuri perhatian ramai di media sosialnya

by Puteri Alia
May 31, 2022
1.8k
KONGSIAN
Share on Facebook

Jika acap kali mendengar dan mendapat komen-komen tentang bentuk tubuh badan, sesiapa saja akan berasa penat dan tertekan.

Baru-baru ini ramai selebriti bersuara tentang isu body shaming di media sosial masing-masing, malah penyanyi antarabangsa seperti Shila Amzah juga tidak lari dari berkongsi hal yang sama di Instagram.

Penat Dengan Komen Body Shaming

Tiada siapa yang mahu menerima kecaman tentang bentuk badan mereka, apatah lagi mereka kini sedang berkerja keras melakukan senaman bagi mendapatkan kesihatan fizikal dan mental yang baik.

Itulah yang dilalui penyanyi berbakat, Shila Amzah ketika ini di mana dia mendedahkan sudah berasa penat menerima semua komen-komen berbaur body shaming.

Shila berkongsi pandangannya menerusi coretan ringkas dan menunjukan aksi dengan menggunakan dumbbell dalam video yang dimuatnaiknya.

“I’m done with these body shaming comments” coretnya

via Instagram Shila Amzah

Muat naik Shila mendapat sokongan dari Janna Nick, pelakon dan penyanyi lagu Nakal ini menitipkan kata-kata semangat buat Shila menerusi komen yang ditinggalkannya.

“Go go go (emoji api)” komen Janna

Netizen Banjiri Ruangan Komen

Melihat hantaran yang dikongsikan pelatun lagu Khilaf Asmara ini di media sosialnya, ramai warganet meninggalkan pelbagai komen dan respon diruangan komen muat naik penyanyi terkenal ini.

“Saya tahu ianya susah nak hiraukan komen macam tu. Tapi hey anda buat yang terbaik kasha. Teruskannya”

“Yang penting anda gembira dan anda sayangi diri anda”

“Pada akak yang paling penting, gembira dengan prestasi diri sendiri dan selesa dengan penampilan kita.. Jangan hiraukan mulut orang” komen netizen

via Instagram Shila Amzah

“Kebahagian anda tidak bergantung pada orang lain. Anda beri yang terbaik dan masih terus mencuba”

“Abaikan apa orang kata.. Cuma fokus pada diri anda sendiri”

“Kak Sha nampak bagus tak kira apa pun!” komen mereka

Sekadar info selain Shila Amzah, Janna Nick dan juga Datuk Fazley Yaakob antara selebriti yang berkongsi dan bersuara tentang masalah body shaming yang dilalui di media sosial mereka.

Akhirnya Kembali Berbaik, Shila Amzah Adakan "Temu Janji" Dengan Ibu Kandungnya
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
body shamingshila amzah
https://lomp.at/8wtb3
Share708Tweet443SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem