Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Elisya Dedah Jantina Anak, Jinggo Gembira Impian Sheila Tercapai

by Puteri Alia
June 2, 2022
via Instagram Elisya Sandha / Jinggo

via Instagram Elisya Sandha / Jinggo

958
KONGSIAN
Share on Facebook

Umum sedia maklum pelakon, Elisya Sandha kini tinggal menghitung hari bagi menanti kehadiran ahli baru dalam keluarganya. Sepanjang kehamilannya, Elisya tampak berseri dengan aura keibuan yang jelas terpancar di wajah pelakon ini.

Majlis ‘Baby Shower’ Anak Sulung

Elisya yang sarat hamil hampir 36 minggu ini, berkongsi kepada umum tentang jantina anak sulungnya bersama suami, Uzair Haqimy menerusi laman Instagram pelakon tersebut.

Meninjau di media sosial menantu Sheila Rusly ini, Elisya mendedahkan dia bakal melahirkan anak perempuan dalam satu majlis baby shower yang diadakan di Hotel terkemuka di ibu kota.

Elisya mengabadikan momen majlis yang cukup bermakna itu, dengan memuatnaik foto-foto majlis berserta menitipkan ucapan untuk bakal puteri sulungnya itu di Instagram.

“Alhamdulillah terima kasih  Ya Allah.

Kepada bakal anak perempuan ibu, kamu adalah matahari yang tak akan pudar dan bulan yang tak akan suram, kewujudan kamu dalam hidup kami jadikan dunia kami bersinar dan lebih cerah.

Kami sangat bersyukur memiliki kamu dalam hidup kami. Ibu akan jumpa kamu tak lama lagi.” Coretnya

via Instagram Elisya Sandha

Impian Sheila Rusly Tercapai

Melihat pula di media sosial bapa mertua Elisya, penerbit dan juga pengarah terkenal, Jinggo mendedahkan bahawa impian isterinya Sheila Rusly kini termakbul jua menerusi coretan yang dikongsikan di Instagram nya.

“Ketika mereka tertawa melihat dia melocat gembira. Saya merasa sedih di hati melihat dia bahagia kerana mereka tidak tahu apa yang dia rasa..

Sesungguhnya saya lebih mengenali dia dan kasih sayang saya pada dia tidak akan sama sayangnya dia pada mereka.

Terima kasih Allah.. Terima kasih @uzairhaqimy69 @elisyasandhaofficial kerana memakburkan apa yang mama doakan 26 tahun yang lalu.. Alhamdulillah..” Coretnya penuh emosi

View this post on Instagram

A post shared by Tok Sidang Jinggo (@jinggo_jspictures)

Sekadar info, Elisya dan Uzair mendirikan rumahtangga pada 21 Ogos 2021 dan bakal menerima kehadiran ahli baru tidak lama lagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Fasha Sandha Peluk Adik Ipar Cetus Bualan Netizen!-"Kalau Excited Pun Agak-Agaklah!"
Baby Showerelisya sandhaUzair Haqimi
https://lomp.at/sd8s3
Share383Tweet240SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem