Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

“Saya Sangat Teruja”- Diana Danielle Jadi Pilihan Calum Scott Untuk Berkolaborasi

by Phic ARMAN
June 6, 2022
Share on Facebook

Penyanyi Britain, Calum Scott memberikan nafas baru pada lagunya, ‘Heaven’ dengan berkolaborasi dengan artis berbakat dari Asia Tenggara. Antara pemuzik yang berkolaborasi dengan Calum ialah Darren Espanto dari Filipina, Diana Danielle dari Malaysia, Hoang Duyen dari Vietnam, dan Lyodra dari Indonesia. Mereka berjaya memberikan sentuhan berbeza pada lagu ‘Heaven’ dan tetap mengetengahkan  intipati lagu tersebut. Single ini menceritakan tentang perasaan cinta sejagat yang mampu melampaui batas.

YouTube video

Agak mengagumkan, penyanyi dan juga pelakon berbakat Diana Danielle terpilih dalam ramai-ramai artis di Malaysia. Seperti mana yang diketahui, Diana Danielle mempunyai peminatnya sendiri dengan mempunyai 6 juta pengikut di media sosial.

Kata Diana ketika sidang media secara dalam talian, dia meluahkan rasa sangat bertuah kerana dapat mewakili Malaysia untuk berkolabrasi dengan Calum.

“Ia satu pengalaman yang sangat mengujakan kala dapat bekerjasama dengan Calum untuk lagu Heaven. Berkolaborasi dengannya untuk lagu seindah ini sambil mewakili Malaysia adalah pengalaman yang tak akan saya lupakan.”- katanya.

Calum yang juga menyertai sidang media ini turut berkongsi perasaannya setelah berepeluang bekerjasama dengan artis-artis hebat dia benua Asia.

“Saya sangat teruja dapat bekerjasma dengan artis-artis hebat ini dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan Vietnam! Benua Asia memang dekat di hati saya, jadi peluang ini satu penghormatan besar. Setiap seorang artis ini telah membawa sesuatu yang baharu dalam kolaborasi “Heaven” kami ini dan saya tak sabar hendak mendengarnya.”- katanya

Setiap versi lagu ini akan dikeluarkan bersama muzik video rasmi pada 9 Jun 2022 (Khamis) jam 8pm.

Topik Berkaitan Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup: Legenda Klasik Kembali Menggamit Nostalgia
YouTube video
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Calum Scottdiana danielle
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  5. 5

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara