Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Ramai Tak Tahu! YDP Agong Sebenarnya Pemegang Rekod Dunia

Baginda memegang rekod sebagai Putera Mahkota kedua paling lama selepas Putera Charles

by Puteri Alia
June 7, 2022
via Instagram House of Pahang / Istana Negara

via Instagram House of Pahang / Istana Negara

Share on Facebook

Siapa sangka KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebenarnya pemegang rekod dunia!

Putera Mahkota Kedua Paling Lama

Menjengah ke Instagram House of Pahang, salah satu muat naik media sosial negeri Pahang ini menarik perhatian lensa Murai.

Di mana Yang di-Pertuan Agong negara kita sebenarnya, merupakan kerabat diraja yang memegang gelaran sebagai Putera Mahkota kedua paling lama selepas Putera Charles di dunia ini.

“Ya! Baginda memegang rekod sebagai Putera Mahkota kedua paling lama selepas Putera Charles! Baginda mula memikul amanah sebagai Tengku Mahkota Pahang sejak berusia 16 tahun, pada 1 Julai 1975.” – Dedah House of Pahang

Dua Kali Jadi Pemangku Raja Pahang

Dalam pada itu, Baginda juga pernah menjadi Pemangku Raja Pahang sebanyak dua kali, dan banyak memberi sumbangan dalam pelbagai bidang sewaktu bertanggungjawab menjadi pemangku diraja negeri tersebut.

“Baginda telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pemangku Raja Pahang sebanyak dua kali. Begitu banyak jasa dan sumbangan Baginda dalam pelbagai bidang sepanjang menjadi Pemangku Raja Pahang.” Dedahnya lagi

via Instagram House of Pahang

Netizen Kagumi Agong

Melihat hantaran tersebut, warganet membanjiri ruangan komen dengan memberi komen yang menunjukan mereka mengagumi sejarah Yang di-Pertuan Agong sebagai Putera Mahkota.

“Wow…. Hebatnya raja”

“Hebatnya. Daulat Tuanku”

Daulat Tuanku” komen mereka

via Instagram House of Pahang

“Alhamdulillah. Semoga Allah rahmati Raja kami.. Daulat Tuanku”

“Daulat Tuanku.. Semoga tuhan rahmati Baginda”

“Daulat Tuanku” komen mereka lagi

Sekadar rekod, Putera Charles ditabalkan menjadi Putera Mahkota pada 1 Julai 1969 manakala Yang di-Pertuan Agong dimahkotakan pada 1 Julai 1975.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Putera MahkotaYang di-Pertuan AgongYang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  5. 5

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara