Saturday, August 20, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

‘Adakah Kita Sanggup Tanggung Banyak Dosa ‘- PU Syed ‘Sound’ Pengarah Tayang Badan Aktor Lelaki

by Hakim Faz
June 7, 2022
70
KONGSIAN
Share on Facebook

PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak sering diperkatakan oleh netizen kerana berani menegur kesilapan para artis dan selebriti yang tidak sesuai dengan ajaran agama Islam.

Direktor tayang badan pelakon lelaki

Via Instagram
shuhaimilua_director

“Setiap scene yang saya buat semua ada sebab.

Contoh scene mandi sungai atau kolam mestilah bersesuaian dengan wardrobe.”- tulis Shuhaimi Lua di akaun Instagram miliknya

 

Baru-baru ini, pengarah dan direktor Shuhaimi Lua Abdullah yang terkenal dengan dramanya Maaf Jika Aku Tidak Sempurna dan Bencinta, menerima kecaman daripada netizen kerana menayangkan badan pelakon lelaki didalam drama terbarunya. Dia menegaskan bahawa setiap babak dramanya mempunyai sebab untuk dirakam  dan babak mandi di sungai atau kolam mesti menepati cara pemakaian yang telah ditetapkan.

IKLAN

PU Syed tampil memberi teguran

@pu_syed

Ingatan buat semua para PENGARAH dan pelakon filem dan drama!

♬ Yasir Lana – arief akdw

“Kita sebagai umat Islam patuh kepada perintah Allah bukan kepada skrip yang ditulis. Islam datang dengan peraturan, ada yang halal, ada yang haram, macam mana kita nak jawab dihadapan Allah SWT, bila kita menghasilkan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemaksiatan dari pelakon tersebut yang dapat dilihat oleh ramai penonton. Adakah kita sanggup untuk menanggung betapa besarnya dosa, yang beribu-ribu masuk dalam buku catatan disebabkan cerita-cerita yang diarahkan”- kongsi PU Syed menerusi video di akaun TikToknya.

Menerusi video TikTok di akaun PU Syed, dia tampil memberikan peringatan kepada para pengarah dan pelakon di dalam drama. Dia menegaskan bahawa ianya tetap berdosa menayangkan badan pelakon tidak kira lelaki atau perempuan kerana ia mendedahkan aurat mereka.

Bagi yang tidak mengenali PU Syed, dia merupakan seorang pendakwah yang menjadi juara di dalam rancangan Pencetus Ummah musim ke-3 pada tahun 2015. Latar belakang PU Syed menyebabkan dia antara orang-orang yang mampu membahas isu tersebut.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: instagramPU Syedshuhaimi luatiktok
Share28Tweet18SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

MYDIN Komited Ringankan Kos Perbelanjaan Rakyat
Lokal

MYDIN Komited Ringankan Kos Perbelanjaan Rakyat

by A.Aided
August 19, 2022
Peminat Sanggup Beratur Awal Pagi Demi Konsert Billie Eilish, Ustaz Ahmad Dusuki Beri Teguran!
Gossip

Peminat Sanggup Beratur Awal Pagi Demi Konsert Billie Eilish, Ustaz Ahmad Dusuki Beri Teguran!

by Naddy Joe
August 19, 2022
Mahu Bantu Model Yang Ditindas, Alicia Amin Tunjuk Protes Di KLFW2022!
Gossip

Mahu Bantu Model Yang Ditindas, Alicia Amin Tunjuk Protes Di KLFW2022!

by Naddy Joe
August 19, 2022
“Macam Hanj*ng!”- Rozita Che Wan Tegur Portal Terkenal
Gossip

“Macam Hanj*ng!”- Rozita Che Wan Tegur Portal Terkenal

by Naddy Joe
August 19, 2022
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kenapa Pegang-Pegang?” – Video Ahmad Dhani Sentuh Belakang Fazura Timbul Rasa Kurang Senang Peminat?

  2. 2

    “Get Well Soon Andi” – Peminat Mula Risau Dengan Video Yang Dimuat Naik Di Instagram Andi Bernadee

  3. 3

    “Terus Down Aku Nak Minat Dia” – Video Meerqeen Cium Peminat Di Indonesia Jadi Perhatian Ramai

  4. 4

    [VIDEO] Pertemuan Ebit Lew Dengan Sultan Muhammad V Di Jerman, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

  5. 5

    “Wallahi Benci…”- Aliff Syukri Kongsi MV Aksi Gelek Bersama Baby Shima, Rozita Ibrahim Beri Teguran!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera