Sunday, January 29, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Firdaus Wong Tampil Beri Penjelasan Hukum Sertai Perayaan Hantu Lapar

Pendakwah bebas ini menasihati orang ramai memahami prinsip dalam agama

by Mas Ayu
June 9, 2022
via Instagram Firdaus Wong

via Instagram Firdaus Wong

68
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini tular tentang isu segelintir rakyat Malaysia beragama Islam, ingin menyertai festival dan perayaan agama lain seperti festival Bon Odori dan juga Perayaan Hantu Lapar.

Tiada Keperluan Menyertainya

Hal ini mendapat perhatian pendakwah bebas Firdaus Wong, di mana dia juga menitipkan pesanan menerusi perkongsiannya di Instagram dan menyeru agar orang ramai memandang serius akan isu ini apatah lagi ia berkait dengan akidah diri sebagai umat Islam.

“Setelah meneliti sejarah dan kepercayaan dalam festival ini, kami berpandangan bahawa tidak ada keperluan bagi umat Islam untuk menghadirinya. Ini kerana, ia berkait rapat dengan akidah dan pegangan umat Islam.

Larangan ini berdasarkan firman Allah SWT:

‎وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا

Maksudnya: “Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.” (al-Furqan: 72)” Tulisnya

via Instagram Firdaus Wong

Muslim Perlu Fahami Prinsip Agama

Firdaus juga menasihati agar orang ramai tahu akan prinsip dalam beragama, dan tidak bersikap beriya-iya dalam menyertai mana-mana upacara mahupun perayaan.

“Perayaan hantu lapar Cina ke, hantu Korea ke, hantu Jepun ke, hantu raya atau apa jua hantu hantu sekalian pun, tidak berubah kehantuannya walau bekap mekap tebal seinci.. Ini bukan soal takut atau risau terpengaruh tetapi isu prinsip dalam agama.

Penganut Hindu yang warak tidak pula beriya-iya nak menyertai upacara korban kita sebagai Muslim dan kita sebagai Muslim tidak pula menyindir mereka yang tidak menyertai kerana kita faham itu prinsip agama mereka.

Tak pernah pula saya jumpa penganut Kristian yang warak beriya-iya menyertai upacara membawa kavadhi dan berarak dalam Thaipusam dan tidak pula penganut Hidum yang alim menyindir penganut agama lain yang tidak sertai mereka.

Mereka faham prinsip agama masing-masing dan tidak beriya-iya menyertai perayaan mahupun pesta agama lain.” Pesannya

Isu sebegini tidak boleh dipandang ringan apatah lagi ia membabitkan soal agama, jangan dek kerana mahu ikutkan trend sehingga mengabaikan prinsip dan akidah sebagai umat Islam.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Firdaus WongPerayaan Hantu Lapar
Share27Tweet17SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai
Lokal

Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

by Aphit J.
January 29, 2023
Elly Mazlein Jatuh Cinta Dengan “Papa” Yang Lebih Muda Demi Anak?
Lokal

“Juri Tiada Tiket Untuk Memalukan”- Netizen Puji Jawapan Professional Elly Mazlein Isu Teguran Keras Juri

by Aphit J.
January 29, 2023
“Cik B Bagus Angkat Barang Sendiri, Kacak Orang Gaji Yang Bawa Naik” – Netizen Puji Tindakan Cik B Bawa Barang ‘Shopping’
Lokal

“Cik B Bagus Angkat Barang Sendiri, Kacak Orang Gaji Yang Bawa Naik” – Netizen Puji Tindakan Cik B Bawa Barang ‘Shopping’

by Aphit J.
January 29, 2023
“Tangan Tu Kenapa Kak?” – Video Adira Main Lato Lato Buat Ramai Terhibur
Lokal

“Tangan Tu Kenapa Kak?” – Video Adira Main Lato Lato Buat Ramai Terhibur

by Aphit J.
January 29, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Baru Pelakon Transformers, Shia LaBeouf Jadi Bualan Netizen

  2. 2

    “Bukan Kali Pertama Buat Umrah” – Maria Balas Teguran Netizen Isu Pemakaian Stokin Ketika Umrah

  3. 3

    Pelukis Khat Tegur Rantai Dipakai Oleh Nuha Bahrin- ‘Adik Salah Tu’

  4. 4

    Adegan ‘Panas’ Tidak Dipotong, PATHAAN Terus Raih Kutipan RM27 Juta Pada Hari Pertama

  5. 5

    Janna Nick Pertahan Diri, Komen Fahrin Ahmad Curi Perhatian!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan