Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Saya Dah Sediakan Rumah Seorang Sebuah”- Jamal Abdillah Nafi Hubungan Renggang Bersama Anak

by Arsiqin Yusof
June 9, 2022
985
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi popular Datuk Jamal Abdillah menafikan menjadi punca hubungan dengan anak keduanya Zaki Yamani yang didakwa renggang.

Menurut Jamal, dia sentiasa memberi layanan sama rata kepada lima anaknya dan tidak pernah membezakan mereka.

“Ketika kontroversi ini tercetus, saya masih berhubung dengan anak saya (Zaki), tambahan pula, Zaki kini merupakan peserta sebuah program realiti dan saya juga terlibat dengan rakaman program itu,” katanya kepada Murai MY.

Raja pop itu berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Tribute Seniman Negara Datuk Seri Ahmad Nawab, di Istana Budaya, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Tambah penyanyi Kekasih Awal Akhir itu, dia juga terbuka untuk tinggal bersama semua anaknya, malah telah menyediakan rumah kepada dua anaknya itu seorang sebuah.

Foto Zaki bersama ibunya Fatimatuzahra, VIA IG Zaki Yamani

“Saya okay saja, saya dah siapkan semua untuk anak-anak saya, rumah pun saya dah sediakan seorang sebuah.

“Apapun, saya serahkan segalanya kepada Allah SWT dan terpulang juga kepada ibu mereka,” katanya lagi.

Terdahulu, Zaki, 15, meluahkan rasa rindu selepas enam tahun tidak meraikan lebaran bersama bapanya itu. Kemudian, Jamal mendakwa dia dihalang bertemu dengan anaknya selepas bercerai dengan bekas isteri, Fatimatuzahra Samad.

Untuk info, Jamal berkahwin dengan Fatimatuzahra  pada Disember 2005 dan bercerai dua tahun selepas itu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak iaitu Zaki atau nama sebenarnya, Ahmad Zaki Yamani.

Jamal juga mempunyai seorang lagi cahaya mata lelaki Osama Yamani, 20, hasil daripada perkahwinan sebelum itu.

Pada 1 April 2017, Jamal telah bernikah dengan seorang wanita berasal dari Kulim, Datin Zai Izzati Khiruddin, iaitu perkahwinannya kali keempat.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Zaki Yamani 'Tak Keruan' Lihat Gelagat Bella Astillah & Syed Saddiq, Netizen Terhibur!-"Tak Respect Orang Single.."
Datuk Jamal Abdillahzaki yamani
https://lomp.at/ojdin
Share394Tweet246SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem