Saturday, July 19, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Tujuh Ikon Popular Bantu Isu Kemiskinan Masyarakat Islam Di Afrika Timur

by Arsiqin Yusof
June 10, 2022
29
KONGSIAN
Share on Facebook

Seramai tujuh orang ikon popular tempatan, bakal terbang ke Tanzania, Afrika Timur bermula 6 Julai sehingga 19 Julai ini bagi menyertai Misi Kemanusiaan Afrika anjuran Pertubuhan Impak Prihatin Malaysia atau Impactive Malaysia (IM) Misi kemanusiaan yang memberikan fokus kepada pembangunan pendidikan dan ekonomi itu merupakan kunjungan ke-2 IM ke sana selepas kunjungan sebelum ini iaitu pada tahun 2017.

Kumpul Dana RM1.2 Juta

Untuk misi kali ini, IM mensasarkan untuk mengumpulkan dana sebanyak RM 1.2 juta bagi projek yang merangkumi pengagihan daging korban, keperluan persekolahan, wakaf Al-Quran dan baik pulih sekolah. Jumlah sasaran itu juga, merupakan usaha IM dan rakyat Malaysia dalam menyalurkan bantuan lain kepada komuniti Islam di sana nanti, seperti kelengkapan ibadah dan bantuan mengajar.

Tujuh ikon yang akan turut serta terdiri daripada barisan selebriti, personaliti TV, usahawan dan bintang media sosial iaitu Hazeman Huzir, Farah Lee, Nadzmi Adhwa, Akhi Fairuz, Que Yahaya, Nazirul dan juga personaliti korporat iaitu Aiman Hakim dari Isosynergy Holdings Sdn Bhd.

Malah, sesuai dengan sambutan Hari Raya Aidiladha, misi kali ini turut mensasarkan untuk mendapatkan 100 ekor lembu korban, 100 ekor kambing akikah dan 500 kilogram infak daging untuk diserahkan kepada masyarakat Islam di Tanzania.

Bagaimanapun jika sambutan menggalakkan, IM akan berusaha mendapatkan lagi bekalan kambing dan lembu dari rakan NGO di sana untuk permintaan dari rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Impactive Media, Mohamad Khairul bin Jamain atau dikenali sebagai KJ berkata, program kemanusiaan ini membawa misi dalam membantu masyarakat Islam di Tanzania yang sering ditindas dan terpinggir.

Sasar Dua Daerah Utama

Katanya, seramai 446 juta dari 1.02 billion penduduk di Afrika adalah beragama Islam. Manakala Tanzania adalah sebuah negara di benua Afrika yang merangkumi 34.1% masyarakat beragama Islam.

“Berbeza sekali dengan negara yang majoritinya adalah beragama Islam, masyarakat Islam di Tanzania sering dipinggirkan dan tidak mendapat perhatian.

“Menerusi kunjungan ke Tanzania itu nanti, kami akan berkunjung ke 2 buah daerah utama yang akan menjadi sasaran untuk misi kami kali ini iaitu di Handeni dan juga Kilendi.

“Daripada informasi yang kami terima daripada rakan kerjasama kami iaitu Islamic Help, mereka menyatakan bahawa dua daerah ini adalah yang paling miskin dan sangat memerlukan bantuan di Tanzania.

“Justeru, Tanzania menjadi lokasi sasaran kerana kurangnya bantuan dihulurkan kepada komuniti muslim di sana. Sejajar dengan fokus IM yang melihat pada komuniti dan isu terpinggir,” katanya kepada Murai MY.

KJ ditemui pada sidang media dan majlis memperkenalkan barisan ikon yang akan menyertai Misi Kemanusiaan Afrika yang telah diadakan di Red Card Café, Bandar Baru Bangi, pagi semalam.

Tujuh Ikon Tak Dipilih Sebarangan

Menurut KJ, beliau menanam kerpercayaan yang tinggi terhadap 7 ikon berkenaan bersama kewibawaan masing-masing sebagai ejen penyebaran maklumat untuk misi itu, secara tidak langsung dapat menyuntik kesedaran kepada pengikut mereka.

“Misi ini bukan sekadar daripada usaha IM semata-mata, malahan juga di atas bantuan rakan ikon kemanusiaan yang mengambil bahagian.

“Suka saya maklumkan di sini, 7 ikon yang terlibat di dalam misi ini, adalah individu yang aktif dalam isu kemanusiaan.

“Mereka bukan sahaja dipilih secara sewenang-wenangnya. Malahan ada diantara mereka merupakan sebahagian daripada pasukan IM.

“Hasrat dan tujuan yang mereka bawa serupa seperti kami iaitu untuk mendepani isu kemanusiaan terutamanya bagi membantu komuniti masyarakat Islam di Afrika secara khususnya.

“ Mereka memainkan pengaruh yang besar untuk memberikan kesedaran akan isu di Afrika dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya,” katanya.

Keberadaan 7 ikon di Tanzania itu nanti akan dilengkapi dengan beberapa aktiviti utama antaranya, mereka akan terlibat secara langsung dalam aktiviti korban di sana.

Ikon berkenaan akan di bawa melawat ke kawasan-kawasan yang memerlukan bantuan untuk melihat aspek yang boleh dibantu pada masa akan datang seperti madrasah, sekolah dan sebagainya.

Jelas KJ, usaha waktu ini, seperti Projek Ibadah Kurban/Aqiqah & Projek Wakaf hanyalah fasa pertama.
Katanya, IM mempunyai gerak kerja yang berbeza untuk mengkaji serta analisa keperluan disana nanti berdasarkan keperluan. Ini adalah bagi mengelakkan pembaziran dana sumbangan rakyat Malaysia.

“Fasa kedua itu nanti akan dikemaskini secara langsung di platform icon-icon yang terlibat,” katanya.

IM bukan hanya mensasarkan projek berbentuk ‘one-off’ namun matlamat mereka adalah untuk menjayakan projek yang mempunyai impak jangka masa panjang.

“Harapan kami adalah untuk menjayakan lebih banyak projek dengan impak jangka masa panjang terutama di Afrika.

“Selain impak kepada komuniti, IM diharap dapat memberi penagaruh terbesar dalam mendepani isu kemanusiaan terutama dalam kalangan anak muda.

“Dua teras utama IM adalah dalam mensasarkan pembangunan pendidikan dan ekonomi yang mana kedua-dua aspek ini adalah elemen penting yang saling berkait dalam ekosistem masyarakat setempat.

“Impak yang jelas mungkin tidak dapat dilihat dalam sehari dua, namun kami percaya bahawa nasib sesuatu bangsa dapat diubah dengan pendidikan dan ekonomi,” katanya.

Cara Salurkan Derma

Mereka yang bermurah hati untuk menyumbangkan dana dan ingin berinfak bagi menyokong Misi Kemanusiaan Afrika ini boleh salurkan sumbangan anda ke impactivemy.onpay.my/order/form/13 atau impactivemy.onpay.my/order/form/media4afrika .

Sumbangan anda juga boleh disalurkan ke akaun bank Pertubuhan IMpak Prihatin Malaysia (Impactive Malaysia) di no akaun RHB – 21245760048670.

Misi Kemanusiaan Afrika
https://lomp.at/k8q6a
Share12Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Meerqeen Nafi Bercinta dengan Qasrina Karim, Hanya Rakam Satu Video Tapi Tetap Dituduh Bercinta

by Puteri Alia
July 18, 2025

Sering menjadi tumpuan apabila digandingkan dengan pelakon wanita, Meerqeen sekali lagi terpalit dengan dakwaan cinta lokasi selepas membintangi drama terbaru...

Read more
Lokal

Bukan Lagi Konten Lawak – Netizen Nampak Jelas Wajah Ammar ‘Minta Tolong’ dalam Live Aliff Syukri

“Abah tolong berhenti, abah ‘cut’ sikit sahaja.” Rayuan ringkas namun penuh rasa tertekan itu diluahkan oleh Ammar Ahyan, anak sulung...

Read more
by Puteri Alia
July 18, 2025
Lokal

Polis Akui Amy Search Mungkin Dipanggil Semula dalam Kes Serangan terhadap Shila Amzah

Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil semula penyanyi rock legenda, Amy Search bagi membantu siasatan kes yang dikaitkan dengan dakwaan...

Read more
by Puteri Alia
July 18, 2025
Lokal

Anita Sarawak Pilih Hilang Tanpa Jejak, Noor Kumalasari Dedah Anita Enggan Lagi Hidup Popular

Pernah tenggelam dalam kemurungan akibat dikecam hebat suatu ketika dahulu, pelakon dan penyanyi legenda Noor Kumalasari mendedahkan kakaknya yang juga...

Read more
by Puteri Alia
July 18, 2025
Bisnes

UNIQLO Perkukuh Komitmen Alam Sekitar Dengan Menyumbang RM200,000 Kepada Pusat Alam Sekitar Global

Peruncit pakaian global, UNIQLO mengukuhkan komitmennya terhadap pemuliharaan alam sekitar dengan sumbangan sebanyak RM200,000 kepada Pusat Alam Sekitar (GEC) untuk...

Read more
by Naddy Joe
July 18, 2025
Lokal

[VIDEO] “Asyik Ingat U Jerr”- Bella Astillah Tewaskan Syed Saddiq?

Sebuah video di TikTok baru-baru ini berjaya buat netizen tersenyum sampai sakit pipi. Bila dua figura terkenal, Syed Saddiq dan...

Read more
by Phic ARMAN
July 18, 2025
Foto - @solartimemy (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Individu Rakam Nyanyian Bella Astillah Buat Ramai Terhibur- “Excited Macam Bella Tunjuk Dia”

Nama penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, sekali lagi menjadi perbualan ramai. Kali ini disebabkan oleh kemesraan...

Read more
by Soph Azz
July 18, 2025
Foto - @syafiqdharma (IG)
Lokal

“Boleh Sewa Badan Awak Untuk 1k?”- Syafiq Dharma Berdepan Gangguan Seksual

Kalau kamu nak tahu, kini bukan hanya golongan wanita dan kanak-kanak sahaja, tetapi golongan lelaki juga ada yang menjadi mangsa...

Read more
by Soph Azz
July 18, 2025
Lokal

[VIDEO] Ammar Ahyan Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Cik B, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Sebelum ini nama anak sulung usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas disakat...

Read more
by Naddy Joe
July 18, 2025
Lokal

Fizz Fairuz Tinggalkan Suria FM, Cetus Rasa Sebak Netizen!

Pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz membuat pengumuman mengejutkan peminat bahawa dia bakal mengundurkan diri sebagai penyampai radio di...

Read more
by Naddy Joe
July 18, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  2. 2

    [GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

  3. 3

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem