Friday, August 19, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

[VIDEO] BTS Umum Berehat, Ini Sebabnya!

J-Hope turut berharap agar peminat tidak melihat keputusan mereka untuk berehat itu sebagai satu perkara negatif

by Naddy Joe
June 15, 2022
100
KONGSIAN
Share on Facebook

IKLAN

Kumpulan K-Pop terkenal, BTS telah mengumumkan berita mengejutkan bahawa mereka akan berehat bagi satu tempoh yang belum ditetapkan untuk memberi tumpuan terhadap kerjaya solo.

Berita itu dikongsikan ketika majlis makan malam tahunan FESTA untuk meraikan debut mereka pada tahun 2013. Ahli kumpulan BTS yang terdiri daripada RM, Jungkook, J-Hope, Jin, V, Jimin dan Suga dengan sebak mengumumkan mereka akan berehat untuk meneruskan projek solo dan membuat keputusan seterusnya sebagai satu kumpulan.

“Saya selalu fikir BTS berbeza dari kumpulan lain, tetapi masalah K-Pop dan keseluruhan idol system adalah mereka tidak memberi anda masa untuk matang. Anda perlu terus menghasilkan muzik dan terus melakukan sesuatu.”-Kata RM

Perlu Masa Untuk Sendiri

Tambah RM,  dia memerlukan masa untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada muzik solonya.

“Pada masa lalu, saya dapat seimbangkan kerja pada muzik saya sahaja dengan aktiviti kumpulan kami. Tetapi sekarang saya tidak boleh melakukannya pada masa yang sama. Saya sedar saya benar-benar memerlukan masa sendiri.”-Luah RM

Bergelut Untuk Cari Inspirasi

Sementara menurut Suga pula, dia akui sedang bergelut untuk mencari inspirasi dalam penulisan lagu.

“Perkara paling sukar ialah menulis lirik. Saya tidak boleh fikir apa-apa untuk dikatakan. Saya perlu menulis tentang perkara yang saya rasa dan mahu katakan secara peribadi, tetapi saya rasa seperti saya hanya memaksa perkara itu sekarang. Dan itu sangat sukar.”-Luah Suga

Harap Peminat Tak Anggap Perkara Negatif

Anggota kumpulan BTS yang lain, J-Hope turut berharap agar peminat tidak melihat keputusan mereka untuk berehat itu sebagai satu perkara negatif, dia juga merasakan bahawa BTS akan menjadi lebih kuat dengan cara sebegitu.

“Saya harap anda tidak melihat ini sebagai perkara negatif, dan melihatnya sebagai perangan yang sihat. Saya rasa BTS akan menjadi lebih kuat dengan cara itu.”-Terang J-Hope

Mungkin ini yang terbaik buat BTS, Para ARMY jangan terlalu bersedih yaa..

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: BTS
Share40Tweet25SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

Digelar Perempuan Murahan & Penunggang Agama, Ini Respon Baby Shima!
Selebriti

“Alhamdulillah Masih Lagi Trending #1” – Baby Shima

by Mas Ayu
August 19, 2022
“Nampak Bodoh Naw Claim Macam Tu” – Michael Ang Sekolahkan Tentang ‘Individu’ Mengaku Penyanyi Nombor Satu?
Selebriti

“Nampak Bodoh Naw Claim Macam Tu” – Michael Ang Sekolahkan Tentang ‘Individu’ Mengaku Penyanyi Nombor Satu?

by A.Aided
August 19, 2022
MYDIN Komited Ringankan Kos Perbelanjaan Rakyat
Lokal

MYDIN Komited Ringankan Kos Perbelanjaan Rakyat

by A.Aided
August 19, 2022
“Akhirnya Saya Dapat Bersemuka” – Rita Sosilawati Teruja Jumpa Pendakwah Di Kelas Usrah?
Selebriti

“Akhirnya Saya Dapat Bersemuka” – Rita Sosilawati Teruja Jumpa Pendakwah Di Kelas Usrah?

by Mas Ayu
August 19, 2022
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kenapa Pegang-Pegang?” – Video Ahmad Dhani Sentuh Belakang Fazura Timbul Rasa Kurang Senang Peminat?

  2. 2

    “Get Well Soon Andi” – Peminat Mula Risau Dengan Video Yang Dimuat Naik Di Instagram Andi Bernadee

  3. 3

    “Terus Down Aku Nak Minat Dia” – Video Meerqeen Cium Peminat Di Indonesia Jadi Perhatian Ramai

  4. 4

    [VIDEO] Pertemuan Ebit Lew Dengan Sultan Muhammad V Di Jerman, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

  5. 5

    “Wallahi Benci…”- Aliff Syukri Kongsi MV Aksi Gelek Bersama Baby Shima, Rozita Ibrahim Beri Teguran!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera