Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Pengasas Produk Dakwa Difitnah Enam Individu Hingga Alami Depresi, Pernah Kelar Tangan Sendiri

Menurut Amira, individu-individu tersebut telah memfitnah dia menipu, scammer dan kaki songlap duit orang hingga menyebabkan dia mengalami depresi teruk.

by Arsiqin Yusof
June 15, 2022
99
KONGSIAN
Share on Facebook

Usahawan dan pengasas produk, Amira Khan mendakwa dirinya difitnah dan dibuli secara siber oleh enam individu termasuk rakan perniagaannya di media sosial sejak tahun lalu.

Menurut Amira, individu-individu tersebut telah memfitnah dia menipu, scammer dan kaki songlap duit orang hingga menyebabkan dia mengalami depresi teruk.

Katanya juga, selain mengalami kesan terhadap kesihatan mental, perniagaannya juga mengalami kerugian sebanyak jutaan ringgit.

“Saya tak boleh tidur, berat badan juga naik mendadak. Saya telah bergantung pada ubat-ubatan dan kalau tidak, saya jadi tidak normal.

“Malah, saya juga pernah cuba potong tangan kiri saya kerana mengalami depresi teruk hingga ada suara yang menyuruh saya bunuh diri.

“Saya bergantung pada ubat dalam tempoh masa yang lama hinggalah saya berjumpa dengan peguam saya sekarang,” katanya kepada Murai MY.

Amira berkata demikian di sidang media yang diadakan di pejabat peguamnya, Tetuan Akmal di ibu kota pada Isnin. Enam identiti individu yang didakwa memfitnah Amira sejak 2019 itu juga didedahkan dalam sidang media sama.

https://www.instagram.com/p/Ceu1lUBoX4F/

Dalam pada itu, Amira yang mengakui dirinya masih baru dalam bidang perniagaan berharap agar individu-individu yang terlibat berhenti daripada menyebarkan fitnah dan melakukan buli siber terhadapnya.

“Buli siber adalah satu jenayah, ia harus dihentikan. Apabila berlaku pada saya, Allah SWT berikan kekuatan untuk saya hadapi, macam mana kalau berlaku dekat orang yang lemah? Mereka boleh lalui depresi dan mungkin juga kecenderungan untuk bunuh diri.

“Saya makan ubat kerana saya alamai depresi, mereka bukan sahaja ganggu diri saya malah juga keluarga saya. Daripada saya boleh jual 3000 ke 4000 botol produk setiap bulan hinggalah tak boleh jual apa-apa. Saya difitnah scammer, penipu, turun naik balai polis dan mendedahkan alamat rumah emak saya, emak saya dah tua 62 tahun. Apabila sudah buli mental emak saya, saya dah tak boleh diam diri.

“Saya bukan scammer dan saya bukan penipu, songlap duit orang dan bukan juga tuduhan-tuduhan lain. Saya tak lakukan semua itu. Untuk tindakan selepas ini, Insya-Allah saya akan berbincang dengan peguam saya dan tentunya ini adalah satu amaran juga secara tidak langsung kepada semua orang agar jangan membuli orang lain.

“Saya minta tolong berhenti, kita dah tua. Hentikan dan biar saya berbisnes, jangan kacau saya. Saya juga berdoa agar bisnes mereka berjaya sampai tak hairan pun dengan bisnes saya ini, biar hati mereka dapat ketenangan,” katanya lagi.

Amira kini menjalankan perniagaan produk losyen pemutih Modest HQ menerusi kerjasama dengan ‘influencer’ yang dikenali sebagai Aqiel.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Amira KhanPengasas Produk
https://lomp.at/8hu84
Share40Tweet25SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem