Thursday, June 30, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Ramai Selebriti Bernama Besar Bakal Hadir Ke Konsert Sulung, Aina Abdul Gementar!

Penyanyi berbakat besar, Aina Abdul akui gementar untuk mengadakan konsert solo pertamanya di pentas berprestij, Istana Budaya pada 25 dan 26 Jun ini.

by A.Aided
June 16, 2022
Ramai Selebriti Bernama Besar Bakal Hadir Ke Konsert Sulung, Aina Abdul Gementar!
56
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi berbakat besar, Aina Abdul akui gementar untuk mengadakan konsert solo pertamanya di pentas berprestij, Istana Budaya pada 25 dan 26 Jun ini.

Ziana Zain, Anuar Zain, Datuk Hattan & Ramai Lagi

Menurut Aina, dia juga tidak menyangka apabila konsert yang bakal diketuai Pengarah Muzik, Mac Chew dan Jenny Chin itu bakal dihadiri barisan selebriti popular tanah air.

“Alhamdulillah kurang dua minggu lagi saya bakal membuat persembahan di pentas yang menjadi impian saya selama ini. Ibarat mimpi jadi kenyataan apabila berpeluang mengadakan konsert solo di Istana Budaya.

“Namun apa yang membuatkan saya lebih teruja dan gementar adalah selain peminat yang sudah mendapatkan tiket, pengurus saya memaklumkan ramai juga selebriti terkenal dan berpengalaman bakal hadir ke konsert pertama saya itu.

“Antaranya adalah Ziana Zain, Anuar Zain, Ella, Datuk Nora, Nabil Ahmad, Datuk Hattan dan Hael Husaini serta ramai lagi sudah mengesahkan kehadiran. Hal ini sekali gus memberi satu tekanan kepada saya yang masih baru mengadakan konsert untuk membuat persembahan di hadapan mereka,”katanya.

Tak Henti Berdoa

Aina menambah, dia tidak berhenti memohon doa kepada Allah SWT agar segala proses menuju konsert A Night With Aina Abdul 2.0 berjalan seperti yang dirancang.

IKLAN

“Saya ingin mencipta momen manis bersama peminat di konsert ini. Saya mahu penonton yang hadir merasai dan terhibur dengan setiap lagu yang dipersembahkan.

“Konsert ini adalah untuk kita semua menghargai diri sendiri dan saya akan menghadiahkan segala anugerah yang Tuhan berikan .

“Alhamdulillah persiapan menuju konsert berjalan dengan baik. Saya sudah melakukan beberapa sesi latihan bersama Mac Chew dan pasukannya.

“Insha-Allah minggu depan saya akan mengadakan sesi latihan di Istana Budaya untuk mendapatkan ‘mood’ sebelum tarikh konsert,” katanya lagi.

Kepada anda yang tidak mahu melepas peluang, tiket konsert A Night With Aina Abdul 2.0 masih boleh didapati di laman web www.ticket2u.com.my manakala bagi mana-mana pihak korporat dan syarikat yang mahu membeli dalam kuantiti yang banyak, sila hubungi Azrul di talian 017-3006531 untuk harga istimewa.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: Konsert Aina Abdul
Share22Tweet14SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

“Apalah Perasaan Mak Dia Tengok…” – Video Mas Idayu Komen Garang Pada Peserta Cilik Jadi Bualan Netizen!
Selebriti

“Apalah Perasaan Mak Dia Tengok…” – Video Mas Idayu Komen Garang Pada Peserta Cilik Jadi Bualan Netizen!

by A.Aided
June 30, 2022

Penyanyi Mas Idayu sememangnya berbakat besar dan sinonim dengan sifat tegas dan 'garang' ketika memberikan komen dalam sesuatu program nyanyian....

Read more
‘Teruslah Melangkah’ – Isteri Shuk Sahar, Rossa Sera Bangkit Pandang Ke Hadapan
Selebriti

‘Teruslah Melangkah’ – Isteri Shuk Sahar, Rossa Sera Bangkit Pandang Ke Hadapan

by Mas Ayu
June 30, 2022

Umum sedia maklum mengenai kemelut rumahtangga yang melanda usahawan, Rossa Sera bersama suaminya, Shuk Sahar dan kini wanita kepada dua...

Read more
“Saya Mahu Mereka Selesa” – Yazmin Aziz Syukur Dapat Miliki Kereta Baru
Lokal

“Saya Mahu Mereka Selesa” – Yazmin Aziz Syukur Dapat Miliki Kereta Baru

by Naddy Joe
June 30, 2022

Penyanyi, Yazmin Aziz menitipkan rasa syukur apabila dapat memiliki kereta sendiri yang lebih besar untuk keselesaan keluarganya. Keluarga Memandu Kereta...

Read more
‘Haritu Hakim Emergency Leave Harini Berkursus Pulak’ – Netizen Berang Mahkamah Tangguh Kes Baby Syifaa
Lokal

‘Haritu Hakim Emergency Leave Harini Berkursus Pulak’ – Netizen Berang Mahkamah Tangguh Kes Baby Syifaa

by Mas Ayu
June 30, 2022

Sebelum ini Murai MY melaporkan tentang pandangan isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che' Puan Besar...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Chef Wan Setuju Ulasan Tan Sri Rafidah Aziz Persoal Kenaikkan Gaji Pengerusi FGV

  2. 2

    ‘Kau Pun Ada Special’-Netizen Simpati Dengan Luahan Hati Syafiq Yusof Puji Abangnya

  3. 3

    ‘Padu Weh Time Ending’- Artis & Peminat Puji Lakonan Zarina Zainoordin Dalam Mat Kilau

  4. 4

    “Batang Penyapu Ke B*b*!” – Ini Respond Sakinah Bila Dapat Komen Yang Mengarut Di Media Sosial

  5. 5

    Anak Azhar Sulaiman Sekali Lagi Dikritik Selepas Kongsi Video Seksi Di TikTok

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera