Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Atiq Rapat Dengan Ibu Saya” – Amy Nur Tinie Tak Tolak Andai Berjodoh Dengan Pelakon?

Pelakon Amy Nur Tinie menjelaskan tentang status hubungannya bersama pelakon Atiq Azman.

by Arsiqin Yusof
June 20, 2022
150
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Amy Nur Tinie menjelaskan tentang status hubungannya bersama pelakon Atiq Azman.

Rapat Atas Dasar Perniagaan

Menurut Amy, mereka berdua hanya berkawan rapat sejak terlibat menjalankan penggambaran bersama dan meneruskan persahabatan atas dasar perniagaan.

“Kami mula kenal sejak menjalankan penggambaran bersama dan terus rapat atas dasar bisne. Berlakon memang sumber pendapatan tapi bila duit daripada satu job sudah habis, kena tunggu job lagi dan begitulah seterusnya, itupun kalau ada job.

“Jadi saya cadangkan kepada Atiq untuk menggunakan wang modal daripada hasil lakonan untuk menjalankan perniagaan. Dia (Atiq) ada produk penjagaan kulit dan saya berniaga produk lip matte yang organik. Ia boleh digunakan oleh lelaki dan wanita kerana produk ini turut merawat bibir pada masa yang sama.

“Jadi sebab itulah kami rapat, saya banyak tolong dan cuba beri bimbingan kepada Atiq kerana dia tiada pengalaman dalam perniagaan. Macam saya pula, ibu saya memang ada perniagaan sejak saya lahir lagi,” katanya kepada Murai MY baru-baru ini.

Via Instagram – Amy Nur Tinie

Atiq Suka Berjenaka

Dalam pada itu Amy menambah, dia selesa berkawan dengan Atiq dan menyukai sifat gila-gila pelakon tersebut. Selain itu, jejaka berusia 22 tahun itu juga kini rapat dengan ibunya.

“Saya selesa berkawan dengan Atiq kerana dia seorang yang gila-gila, dia jenis yang kelakar dan boleh menghiburkan kita dengan lawak-lawaknya.Pada masa sama juga, Atiq juga rapat dengan ibu saya.

“Saya sebenarnya senang saja, saya tak menolak andai ada jodoh dengan sesiapapun tak kiralah pelakon ke, ahli perniagaan, juruterbang dan sebagainya. Kalau dapat yang kaya dan kacak itu satu rezeki, dan kalau tidak, terima saja jodoh seadanya,” katanya lagi.

Terdahulu, terdapat desas desus mengatakan Amy dan Atiq bercinta namun keduanya masih menafikan dakwaan itu setakat ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/q9etx
Share60Tweet38SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem