Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

“Orang Melayu Tahu Yang Haram Hanya BAB*!”- PU Syed Tegur Artis Lakukan Review Forex

PU Syed mengatakan bahawa iklan syarikat broker itu kini semakin rancak menjemput ramai artis untuk melakukan review di media sosial mereka.

by Naddy Joe
June 20, 2022
82
KONGSIAN
Share on Facebook

Pencetus Ummah (PU) Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak tampil memberikan teguran terhadap para artis yang melakukan review mengenai sebuah syarikat broker global yang dikenali sebagai OctaFX di media sosial.

Menerusi hantaran di Instagram, PU Syed mengatakan bahawa iklan syarikat broker itu kini semakin rancak menjemput ramai artis untuk melakukan review di media sosial mereka.

“Iklan OctaFX ni semakin rancak dengan sekarang dijemput artis-artis untuk review nya. Satu soalan sahaja nak tanya. Adakah ianya HARAM atau HALAL cara dagangannya?! Sehingga berani-beraninya orang Islam main benda ni dan disebarkan serata?”-Kata PU Syed

Mohon Pihak Berkuasa Pantau Isu

Tambahnya lagi, PU Syed turut memohon agar pihak berkuasa memantau isu tersebut.

“Adakah kita nak sambar apa sahaja peluang untuk dapat duit tanpa ambil kira halal dan haram perkara tersebut?!

Mohon pihak berkuasa agama negeri dan persekutuan pantau perkara ini. Sebab orang Melayu tahu yang haram hanya BABI!”-Kata PU Syed

via Instagram PU Syed

Pelbagai Reaksi Netizen

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan tindakan sesetengah selebriti yang ‘main belasah’ melakukan review produk sebegitu asalkan mendapatkan keuntungan yang banyak.

“Sedih ar tengok selebriti kita yang endorse product gini. Main belasah je. Janji fulus masyuk.”

“Antara golongan yang payah nak terima teguran selain golongan merokok. Katanya kubur asing-asing. Sibuk hal sendiri jangan sibuk hal aku. Kang aku kaya kau juga nak menempek. Allahu.”

“Semak betul, buka je youtube, ‘Wak, apa yang akan anda lakukan dalam masa 15 minit?”

via Instagram PU Syed

Terdahulu, Murai MY pernah melaporkan mengenai usahawan dan ikon fesyen, Wak Doyok yang meluahkan rasa teruja apabila dipilih menjadi duta kepada syarikat broker global itu. Selain Wak, pelakon kacak, Fizo Omar turut dipilih menjadi duta syarikat tersebut.

[VIDEO] "Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!" – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
fizo omarPU Syedwak doyok
https://lomp.at/i2naw
Share33Tweet21SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem