Tuesday, February 7, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Tak Pernah Menghampakan, Tiara Jacquelina Curah Kreativiti Dalam Video Keselamatan Malaysia Airlines

Selebriti dan penerbit berprofil tinggi, Puan Sri Tiara Jacquelina kini bergelar pengarah buat pertama kali menerusi video keselamatan penerbangan Malaysia Airlines, 'Satu, Dua, Tiga, Jom!' yang diarahkan olehnya.

by A.Aided
June 23, 2022
Puan Sri Tiara Jacquelina bersama Ketua Pemasaran Kumpulan & Pegawai Perhubungan Pelanggan Malaysia Airlines Berhad, Lau Yin May

Puan Sri Tiara Jacquelina bersama Ketua Pemasaran Kumpulan & Pegawai Perhubungan Pelanggan Malaysia Airlines Berhad, Lau Yin May

795
KONGSIAN
Share on Facebook

Selebriti dan penerbit berprofil tinggi, Puan Sri Tiara Jacquelina kini bergelar pengarah buat pertama kali menerusi video keselamatan penerbangan Malaysia Airlines, ‘Satu, Dua, Tiga, Jom!’ yang diarahkan olehnya.

Serah Tugas Lain Kepada Pasukan

Video tersebut pastinya menjadi satu tanda aras kreativiti untuk syarikat penerbangan di Malaysia mahupun negara luar selain mewujudkan rasa teruja penumpang apabila menaiki pesawat MAS.

“Perkara ini memberikan saya semangat, saya sudah lama berlakon, jadi penerbit tapi tak pernah berani untuk melangkah menjadi pengarah sebelum ini.

“Di Enfiniti, saya buat macam-macam daripada pemasaran hinggalah kerja-kerja lain. Tapi kali ini akhirnya saya buat keputusan untuk mengarah dan menyerahkan tugas-tugas lain kepada pasukan saya.

“Untuk menghasilkan video keselamatan ini, kami adakan peringkat pementasan dahulu untuk lihat, kemudian barulah diikuti penggambaran, seperti dua kali prosesnya,” katanya kepada Murai MY.

Tiara berkata demikian ketika ditemui di majlis pengumuman kolaborasi antara Malaysia Airlines dan Enfiniti di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC) One Utama, Petaling Jaya pada Selasa.

 

Minta Bantuan Yusry

Dalam pada itu, Tiara yang cukup sinonim dengan watak Puteri Gunung Ledang menambah, beliau meminta bantuan Datuk Yusry Abdul Halim dalam membantu kerja-kerja pengarahan.

“Saya minta tolong Yusry untuk membantu saya dalam kerja-kerja mengarah ini, kita tahu Yusry memang mahir dalam aspek teknikal, penggunaan kamera dan pelbagai lagi.

“Meskipun teruja, saya tetap ada tekanan kerana mahu menghasilkan satu video yang menarik dan tidak dapat dilupakan oleh para penumpang MAS,” katanya lagi.

Video ‘Satu, Dua, Tiga, Jom!’ menampilkan nama-nama besar dari pelbagai bidang antaranya ahli fizik Tan Sri Mazlan Othman, ratu cantik Francisca Luhong, Gimnas Farah Ann Hadi, pelakon Diana Danielle, Yusry, Datin Lisa Surihani dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan, Tiara juga membuat kemunculan menambahkan lagi nilai ikonik video tersebut.

 

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: malaysia airlinesVideo Keselamatan
Share318Tweet199SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Gambar Lisa BLACKPINK Dituduh Buat Pembedahan Hidung Dibantah Peminat
Korea

Gambar Lisa BLACKPINK Dituduh Buat Pembedahan Hidung Dibantah Peminat

by Phic ARMAN
February 6, 2023
Pengasas Sellection Kini Miliki Butik Tiga Lot Di Wangsa 118, Wangsa Maju
Fesyen

Pengasas Sellection Kini Miliki Butik Tiga Lot Di Wangsa 118, Wangsa Maju

by Phic ARMAN
February 6, 2023
Sofyank ‘Shooting’ Dengan Bintang Hollywood Paul Rudd & Jonathan Majors Di Sydney?
Filem

Sofyank ‘Shooting’ Dengan Bintang Hollywood Paul Rudd & Jonathan Majors Di Sydney?

by Phic ARMAN
February 6, 2023
Di Jemput Ke Kediaman Hrithik Roshan, Gelagat Jackson Wang Dipuji Ramai
Bollywood

Di Jemput Ke Kediaman Hrithik Roshan, Gelagat Jackson Wang Dipuji Ramai

by Aphit J.
February 5, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    ‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

  3. 3

    [VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

  4. 4

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  5. 5

    Janna Nick Puji Fikry Ibrahim- “Sanggup Tolak Semua Job-Job Sebab…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan