Saturday, December 2, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Berehatlah Mak…”- Ibu DJ Lin Meninggal Dunia

DJ Lin turut menceritakan bahawa ibunya sudah puas menanggung kesakitan, malah dia dan ahli keluarga sudah berusaha yang terbaik untuk membantu menyembuhkan penyakit ibunya

by Naddy Joe
June 24, 2022
via Instagram DJ Lin

via Instagram DJ Lin

27
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyampai radio popular yang juga Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin berkongsi khabar sedih apabila ibu tercinta, Hajah Puteh Binti Jantan telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.50 pagi ini (Jumaat) akibat penyakit buah pinggang.

Berita itu dikongsi menerusi sebuah hantaran di Instagram sebentar tadi, DJ Lin mengatakan bahawa ibunya telah meninggal dunia di rumah mereka yang terletak di Larkin Jaya, Johor Bahru.

“Salam Jumaat semua, dengan lafaz Bismillah, DJ Lin ingin memaklumkan bahawa Ibunda Lin yang tercinta, Puan Hajah Puteh Binti Jantan baru sahaja meninggal dunia jam 4.50 pagi ini (Jumaat , 24 Jun 2022) di rumah kami di Jalan Merpati, Larkin Jaya, Johor Bahru, Johor.”-Kongsinya.

Sudah Puas Menanggung Kesakitan

Dalam pada itu, DJ Lin turut menceritakan bahawa ibunya sudah puas menanggung kesakitan, malah dia dan ahli keluarga sudah berusaha yang terbaik untuk membantu menyembuhkan penyakit ibunya. Namun, dia harus mengakui Allah lebih menyayangi Allahyarhamah.

“Berehatlah Mak..Puas Mak menanggung kesakitan. Kami semua dah berusaha yang terbaik untuk menyembuhkan sakit Mak namun Allah lebih menyayangimu Mak.

“Mak akan sentiasa ada di hati kami dan kenangan kita bersama takkan pernah sekali pun orang lupakan ya Mak ❤️.”-Kata DJ Lin

via Instagram DJ Lin

Di kesempatan itu, DJ Lin juga memaklumkan bahawa jenazah ibunya akan dikebumikan pada sebelum waktu solat Jumaat hari ini.

DJ Lin turut memohon orang ramai untuk sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah agar rohnya dapat ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Salam takziah buat DJ Lin sekeluarga dari kami di Murai MY. Al-Fatihah…

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER DJ Lin
Share11Tweet7SendShareShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kongsi Gambar Koleksi Baru Tudung, Netizen Mula Perasan Sesuatu Pada Baju Fazura

  2. 2

    [VIDEO] Nabila Razali Menyanyi Di Majlis Konvokesyen Raih Perhatian Ramai-“Inai Masih Merah Sis!”

  3. 3

    Petua Kecantikan Orang Dulu Yang Popular, No.2 Paling Ramai Buat Sampai Sekarang!

  4. 4

    Pencinta MotoGP Wajib Tahu! Tissot Perkenalkan T-Race MotoGP 2023 Edisi Terhad

  5. 5

    “Boleh Bungkus Baju Dan Balik Kampung!” – Michael Ang Selar Kegiatan Menipu Mak Cik Kemboja

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • Bisnes