Monday, August 15, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Fuh! Jom Dengar ‘Cover’ Lagu Ciptaan Dato’ M. Nasir, Tiara Oleh Raffa Affar

by Aphit J.
June 25, 2022
156
KONGSIAN
Share on Facebook

“Tiara” lagu ciptaan sepenuhnya oleh Dato’ M.Nasir, yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Kris, menjadi single terkini Raffa Affar, setelah lagu hitnya “Cinta Sampai Mati” .

4 Juta Pengikut Di TikTok

via News Today

Raffa Affar, pemuda dari Jawa Barat Indonesia, adalah satu nama popular dalam media sosial dengan hampir 4 juta pengikut di aplikasi Tik Tok, merakam ulang (cover) lagu “Tiara” yang pernah menjadi siulan pada tahun 90an.

Lagu “Tiara” yang dahulunya adalah lagu ‘slow rock, telah dibawakan oleh Raffa dengan cara dan gayanya sendiri.

Memilih Lagu Yang Lebih Dekat Di Hati

Apabila ditanya kenapa memilih “Tiara” daripada beribu lagu malar segar daripada negara jiran Malaysia, Raffa menjawab bahawa lagu ini dekat dalam hatinya dan merasa bahagia apabila dapat menyanyikan lagu ini.

Selain lagu ‘singlen’ya “Cinta Sampai Mati” viral di TikTok, Raffa terkenal juga dengan suaranya yang unik dan wajah mudanya yang kacak.

IKLAN

Lagu Malaysia Dirakam Semula

via Youtube Raffa Badri29

Aidilhayat Omar, Pengarah Urusan Hayat Kreatif Studio berkata, sudah menjadi satu trend lagu-lagu Malaysia dirakam ulang oleh penyanyi-penyanyi Indonesia.

Rupanya tanpa disedari, pengaruh lagu-lagu malar segar daripada pencipta-pencipta negara ini, telah pergi jauh sehingga ke negeri-negeri seberang.

Perlesenan Hakcipta Yang Mudah

Aidilhayat berterima kasih kepada Dato M.Nasir dan Luncai Emas Sdn Bhd akan kebenaran yang diberikan untuk rakam ulang “Tiara”. Kata Aidilhayat lagi, proses perlesenan hakcipta telah dipermudahkan oleh pihak Luncai Emas Sdn Bhd.

Kini, lagu “Tiara” oleh Raffa Affar boleh didapati di semua pelantar streaming dan video muziknya telah pun di muat naik di saluran Youtube Hayat Kreatif Studio untuk tontonan ramai.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Raffa Affar
Share62Tweet39SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

No Content Available
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Wallahi Benci…”- Aliff Syukri Kongsi MV Aksi Gelek Bersama Baby Shima, Rozita Ibrahim Beri Teguran!

  2. 2

    “Get Well Soon Andi” – Peminat Mula Risau Dengan Video Yang Dimuat Naik Di Instagram Andi Bernadee

  3. 3

    Ditegur Netizen Selepas Azal “Melamar” Neera Azizi Sebagai Isteri, Zarina Zainuddin Beri Penjelasan!

  4. 4

    “Tak Penting Bagi Saya” – Chef Wan Mahu Iklan Berhenti Canang Ayat ‘No.1 Negara’?

  5. 5

    “Mesti Dah Biasa Tengok…”- Baby Shima Bidas Kecaman Netizen Isu MV Lagu Dangdut Bersama Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera