Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Mesej Tentang Pendirian Hidup Yang Tegas, Itu Yang Dipersembahkan Dalam ‘SOLID’

Benzooloo, Areen & Dan.EL pertaruhkan lagu terbaru...

by Arsiqin Yusof
June 28, 2022
80
KONGSIAN
Share on Facebook

Prinsip hidup diketengahkan penyanyi rap khasnya tidak disangkal sarat dengan nilai yang mendalam. Lirik lagu dihasilkan mereka bukan sekadar cakap kosong tapi sebenarnya banyak mesej tersirat yang tercetus dari kerahan buah fikiran.

Demikian juga dalam lagu baharu pertaruhan Benzooloo, 29, Areen, 24, dan Dan.El, 27, yang berjudul ‘SOLID’. Daripada judulnya saja pun, sudah memberi gambaran penuh mesej keseluruhan karya sentuhan gabungan mereka bertiga ini.

Mereka pastinya mempunyai corak interpretasi masing-masing terhadap lagu ini tidak kiralah daripada gaya rap sehinggalah mesejnya. Hal itu diakui Benzooloo yang menyifatkan ‘SOLID’ tentunya boleh dihayati ramai dan dikaitkan dengan kisah hidup individu berbeza.

“Lagu ini menceritakan mengenai bagaimana menjadi seorang yang tegas atau padu dalam segala aspek hidup. Dalam hip hop pula, ‘SOLID’ mempunyai banyak maksud contohnya ‘SOLID’ dari cara bercakap, gaya atau prinsip,” katanya.

Benzooloo bersama Areen & Dan.EI

Bagi Dan.El pula, dia mengambil perspektif bagaimana seseorang perlu menjadi tegas dalam setiap langkahnya demi mencapai sesuatu kepuasan. Ini kerana, pada pengakhirannya, sikap itulah yang mampu beri ganjaran terbaik untuk mereka.

“SOLID berkisar usaha dan hasil kerja yang kena persembahkan dalam keadaan terbaik. Perkataan ‘SOLID’ bukan sahaja digunakan untuk pembikinan lagu tetapi rutin harian lain seperti kerja, usaha dan keperibadian.

“Saya percaya jika kalau kita kerah hidup dengan usaha yang ‘SOLID’, ganjaran pun akan ‘SOLID’. Untuk itu, kita kena benar-benar dedikasikan komitmen diri untuk mengejar ganjaran ataupun apa juga yang diingini demi kepuasan diri,” katanya.

Tambah Benzooloo, penghasilan lagu ini menjadi lebih mudah apabila ketiga-tiga mereka faham dan tahu bahagian masing-masing. Lebih mengukuhkan dinamik lagu itu tidak lain corak nyanyian rap mereka yang pelbagai dan tersendiri.

“Awalnya, cabaran cuma untuk fikir apa konsep lagu dan bagaimana lirik korus ditulis agar lebih kemas dan ‘catchy’. Tapi lepas kami sudah dapat penyelesaian untuk semua itu, yang selebihnya jadi lebih mudah.

“Saya sebenarnya memang dalam perancangan untuk berkolaborasi dengan beberapa penyanyi rap Sabah sebelum hubungi Areen dan Dan.El. Saya bagi mereka cuba rakaman awal (demo) dan sebaik mereka hantar semula demo disiapkan, saya terus suka.

“Untuk bab corak rap masing-masing, itu semua semula jadi dari setiap penyanyi rap. Daripada identiti merekalah saya dapat susun kedudukan mana rangkap spesifik yang sesuai untuk setiap penyanyi. Susunan itu jugalah mencetus dinamik lebih hebat untuk ‘SOLID’,” katanya.

Benzooloo

Areen pula menaruh harapan agar karya segar yang menyerlahkan sisi baharu mereka ini bakal melangkau hingga ke pasaran antarabangsa. Baginya, mereka sudah memberikan versi terbaik dalam memastikan ‘SOLID’ mampu memikat pendengar pelbagai latar belakang.

“Sasaran kami adalah lagu ini mampu boleh tembus ke luar negara. Saya rasa tidak mustahil walaupun ada kekangan bahasa kerana muzik sendiri adalah sebuah bahasa yang kita semua faham. Harap ia akan pergi sejauh mana yang boleh serta buka rezeki luas dari pelbagai sudut,” jelasnya.

‘SOLID’ kini boleh dimuat-turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih termasuk Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, YouTube & YouTube Music.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Benzooloo
https://lomp.at/c6u5w
Share32Tweet20SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem