Monday, August 15, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

‘Padu Weh Time Ending’- Artis & Peminat Puji Lakonan Zarina Zainoordin Dalam Mat Kilau

Penangan babak Rokiah lakonan Zarina, membuatkan ramai penonton menitiskan air mata tanpa henti

by Mas Ayu
June 29, 2022
via Instagram Zarina Zainoordin

via Instagram Zarina Zainoordin

3.9k
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama penyanyi dan pelakon berbakat, Zarina Zainoordin menjadi bualan hangat di media sosial gara-gara lakonan hebatnya dalam filem Mat Kilau.

Babak lakonan Zarina sebagai Rokiah di dalam filem Mat Kilau, membuatkan orang ramai yang menonton cerita tersebut dipanggung menitiskan air mata.

Hadiah Untuk Penonton

Menjengah ke Insta Stories Zarina, pelakon ini berkongsi story warganet yang memuji lakonan mantapnya sebagai Rokiah di dalam filem arahan Syamsul Yusof ini sambil menulis coretan balas yang ringkas.

“Hihihi.. Semua ada peranan masing-masing.. Semua mantap-mantap, hadiah untuk PENONTON.. Saya biasa-biasa je.”

“Alhamdulillah.. Aww terima kasih sangat.” Tulisnya

via Instagram Zarina Zainoordin

Bukan Mudah Jiwai Watak Sambil Bersilat

Melihat pula muatnaik terkini pelakon ini, Zarina mendedahkan betapa dia sangat mengagumi aktor-aktor dalam filem Mat Kilau.

Dalam pada itu, pelakon berbakat ini mendedahkani bukan mudah bagi seorang pelakon untuk menjiwai watak sambil perlu bersilat dan mendedahkan dia segera mencari kelas untuk belajar silat bagi menjayakan watak yang diberi kepadanya.

“Rokiah abang datang…. !!!!!!!” @beto_kusyairy – Wahid

“Terkesima tengok hero baka melayu semua bersilat dalam #FilemMatKilau… Bukan senang ya.. Nak menjiwai watak lagi.. Nak bersilat lagi.. Fuhh! Terus google cari kelas silat.. Sebab nak belajar silat..” Coretnya

via Instagram Zarina Zainoordin

Netizen Banjiri Media Sosial

Muatnaik yang dikongsikan pelakon ni mendapat perhatian ramai warganet, di mana mereka membanjiri ruangan komen dengan memuji lakonan hebat Zarina membawa watak Rokiah dalam filem tersebut.

“Terbaik awak.. Bangga dengan awak” @ismailadnan90

IKLAN

“Padu weh masa babak akhir kau tu!!” – @_salinasaibi_

“Syabas kakak ku” – @husnamustaffa

via Instagram Zarina Zainoordin

“Best sangat cerita ni, sedih masa Rokiah kena serang dekat rumah @zarinazainoordin”

“Bahagian akak kena tikam, saya tak boleh tahan air mata dah.. Laju je turun.. Syabas akak, lakonan sampai ke hati saya.. Mantap kak”

“Mantap lakonan akak @zarinazainoordin mengalir air mata saya.. The best Mat Kilau” komen mereka

via Instagram Zarina Zainoordin

“Hebat awak berlakon. Tahniah semua”

“Suka lakonan akak dalam Mat Kilau sangat berkesan”

“Best awak berlakon! Memang berbakat dari dulu” komen mereka lagi

Untuk rekod, Murai MY sebelum melaporkan filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof berjaya mengutip kutipan tayangan filem tertinggi sehingga mengalahkan filem antarabangsa seperti Jurassic World dan Top Gun: Maverick.

Apa pun semua barisan pelakon yang menjayakan filem Mat Kilau memang terbaik!

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: filemMat KilauZarina AF2Zarina Zainoordin
Share1561Tweet976SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

“Patutlah Boleh Jiwai Watak Mat Kilau” – Netizen Jatuh Hati Dengar Adi Putra Baca Al-Quran
Selebriti

“Patutlah Boleh Jiwai Watak Mat Kilau” – Netizen Jatuh Hati Dengar Adi Putra Baca Al-Quran

by A.Aided
July 21, 2022
Zarina Terhibur Lihat Peminat Sunting Video Reka ‘Ending’ Bahagia Untuk Rokiah & Wahid
Selebriti

Zarina Terhibur Lihat Peminat Sunting Video Reka ‘Ending’ Bahagia Untuk Rokiah & Wahid

by Mas Ayu
July 21, 2022
Datuk Ayu Puteh Angkat Perjuangan MMT Alias Nik Daud Menerusi Filem Saadiah
Gossip

Datuk Ayu Puteh Angkat Perjuangan MMT Alias Nik Daud Menerusi Filem Saadiah

by Mas Ayu
July 18, 2022
Zul Ariffin Belanja Babak ‘Don Dukun’ Buat Netizen Teruja, Tak Sabar Tunggu Filem Ditayangkan!
Lokal

Zul Ariffin Belanja Babak ‘Don Dukun’ Buat Netizen Teruja, Tak Sabar Tunggu Filem Ditayangkan!

by Mas Ayu
July 14, 2022
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Wallahi Benci…”- Aliff Syukri Kongsi MV Aksi Gelek Bersama Baby Shima, Rozita Ibrahim Beri Teguran!

  2. 2

    “Get Well Soon Andi” – Peminat Mula Risau Dengan Video Yang Dimuat Naik Di Instagram Andi Bernadee

  3. 3

    Ditegur Netizen Selepas Azal “Melamar” Neera Azizi Sebagai Isteri, Zarina Zainuddin Beri Penjelasan!

  4. 4

    “Tak Penting Bagi Saya” – Chef Wan Mahu Iklan Berhenti Canang Ayat ‘No.1 Negara’?

  5. 5

    “Mesti Dah Biasa Tengok…”- Baby Shima Bidas Kecaman Netizen Isu MV Lagu Dangdut Bersama Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera