Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Yuka Kharisma Tampil Pertaruhkan ‘Terpatri Di Hati’

Proses pembikinan single tersebut mengambil masa hampir satu bulan lamanya kerana Yuka ingin mengenengahkan gubahan instrumen yang ‘organik’ dari pemuzik-pemuzik professional tanah air.

by Arsiqin Yusof
June 29, 2022
27
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi bersuara lunak, Yuka Kharisma, kembali mempersembahkan sebuah lagi karya magisnya yang diberi judul ‘Terpatri Dihati’ hasil ciptaan bersama komposer berpengalaman dan pemuzik profesional tempatan yang merupakan suaminya sendiri, Ahmad Jeffny Kamar, dan diterbitkan oleh peneraju label hiburan tanah air, Rocketfuel Entertainment.

“Idea disebalik lagu ini datangnya dari suami saya, beliaulah yang bertanggungjawab menulis lirik dan mencipta komposisinya.

“Sudah lama saya mendambakan sebuah lagu power ballad yang bertemakan klasik, jadi apabila mendengarkan demonya buat pertama kali, hati terus terpaut,” jelas penyanyi kelahiran Aceh, Indonesia ini.

Punya Kisah Tersendiri

Sementara itu, Yuka juga menceritakan tentang maksud single terbaharunya itu.

“Terpatri Dihati sebenarnya menceritakan tentang kisah kesetiaan seseorang dalam perhubungan yang melampaui batas atau tidak bersempadan sehingga tidak mampu untuk meneruskan kehidupan seperti biasa, ibaratnya seperti seseorang yang tidak boleh move on,” katanya lagi.

Yuka Kharisma

Dalam kesibukan mencipta lagu buat beberapa penyanyi di Malaysia seperti rakan artis selabel, Ernie Zakri dan lain-lain, Yuka masih lagi berkesempatan menghasilkan lagunya sendiri.

“Saya sememangnya cintakan muzik, dan muzik ciptaan saya adalah berpaksikan pengalaman sendiri dan ‘tentang rasa’ saya.

“Sebagai pengkarya, muzik adalah medium buat saya untuk mengekspresikan diri sambil menghiburkan pendengar melalui penceritaan muzikal saya.

“Saya menikmati setiap proses pembikinan muzik selain dapat belajar dan bekerjasama dengan pemuzik hebat tempatan dan juga luar negara,” katanya.

Ambil Masa Sebulan

Proses pembikinan single tersebut mengambil masa hampir satu bulan lamanya kerana Yuka ingin mengenengahkan gubahan instrumen yang ‘organik’ dari pemuzik-pemuzik professional tanah air.

“Proses rakaman vokal bagi lagu ini telah dirakamkan di Studio RMP, Damansara Perdana dan betapa bahagianya saya kerana teman pencipta lagu adalah suami sendiri kerana kami serasi bekerjasama dalam penciptaan lagu mahupun ketika beraksi di pentas,” ujarnya.

Single pada kali ini masih dalam genre pop balada yang sememangnya sinonim dengan Yuka kerana kesesuaian vokalnya dalam membawakan karya sebegini.

Bercerita mengenai video muzik (MV) Terpatri Dihati, Yuka berkata, ia adalah tentang lelaki yang menghilang begitu sahaja ketika sedang saling mencintai bersama kekasihnya.

“Jalan ceritanya adalah tentang sepasang kekasih yang saling mencintai, namun tiba-tiba lelaki tersebut menghilang tanpa berita begitu sahaja.

“Sekian masa berlalu, tiba-tiba pada suatu hari, tanpa sengaja wanita itu melihat lelaki tersebut bahagia bersama wanita lain, dan mengapa lelaki tersebut menghilang sedangkan cinta masih ada?

“Oleh itu, nantikan kesudahan di MV-nya nanti!” katanya yang pasti membuatkan peminatnya teruja.

“Pandai Menyanyi & Gubah Lagu”

Menurut Encik Erick Yew, selaku Ketua Label & Penerbitan Rocketfuel Entertainment Malaysia, Yuka adalah seorang penyanyi yang sangat berbakat dan pandai menggubah lagu.

“Yuka Kharisma adalah seorang penyanyi yang gifted, dia bukan sahaja memiliki suara yang yang merdu bahkan mahir mengubah lagu.

“Kombinasi Yuka dan suaminya ternyata menghasilkan muzik yang berkualiti dan sedap didengar,” ujarnya.

Justeru, Yuka berharap agar Terpatri Di Hati mendapat sambutan positif daripada peminat dan dapat merasakan penceritaan lagu tersebut.

“Semoga peminat semua dapat merasakan serta menikmati penceritaan lagu dan MV Terpatri Dihati,” katanya menutup bicara.

Terpatri Dihati boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Yuka Kharisma
https://lomp.at/wyy04
Share11Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem