Wednesday, June 7, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

“Ada Perkara Kita Perlu Berkorban…” – Tya Ariffin Mahu Pulang Ke Indonesia?

Pelakon dan usahawan Tya Ariffin merancang untuk pulang ke negara kelahirannya, Indonesia bermula awal tahun hadapan.

by A.Aided
July 1, 2022
1.1k
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon dan usahawan Tya Ariffin merancang untuk pulang ke negara kelahirannya, Indonesia bermula awal tahun hadapan.

Kembangkan Perniagaan

Menurut Tya, perancangan itu dibuat bagi mengembangkan perniagaannya di sana dan membantu masyarakat di negara jiran itu.

“Jika mahu berjaya dalam apa juga bidang termasuk perniagaan, kadang ada perkara kita perlu berkorban. Doakan semoga perancangan saya melalui perniagaan jamu Mutyara di Indonesia berjalan lancar.

“Insya-Allah, perancangan ini kita akan mulakan awal tahun depan. Memandangkan saya pun ada keluarga di sini, jadi buat sementara waktu akan ulang alik dahulu. Ini lah pengorbanan yang perlu saya dan suami lakukan.

“Alhamdulillah, sepanjang perniagaan ini diusahakan kami berjaya membantu 40,000 wanita untuk mendapat peluang berniaga bersama saya. Malah, ada yang memperolehi sasaran lebih dari RM1 juta selain kebanyakan daripada mereka sudah mendapat impiannya.

“Jadi, saya mahu membawa aura dan semangat sama ke Indonesia. Sudah tentu saya juga ingin lihat wanita di sana berjaya menggapai impian mereka. Diharap dengan adanya peluang yang bakal dibawa oleh Mutyara memberikan sesuatu yang bermanfaat untuk semua pihak,” katanya.

Tya & Asyraf di sidang media yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada Rabu.

Tempuh Pelbagai Cabaran

Dalam pada itu, Tya juga isteri kepada usahawan Asyraf Khalid menambah, perjalanan sebagai usahawan dengan perniagaan yang dibina sejak 2018 itu turut berdepan cabaran tersendiri.

“Sepanjang empat tahun membina perniagaan jamu Mutyara ini di sini, saya akui proses dan laluannya tidak mudah. Pelbagai cabaran dan dugaan ditempuh. Mana ada orang terus berjaya. Cuma, kita kena sentiasa berusaha dan yakin akan rezeki Allah SWT.

“Alhamdulillah, berkat sokongan suami, keluarga dan keluarga mentua jenama yang dibina kian dikenali dan semoga ia akan terus kukuh. Sudah semestinya saya berharap perkara sama apabila Mutyara menjengah pasaran Indonesia nanti,” katanya.

Untuk rekod, produk berkonsepkan jamu dan tradisional yang menggunakan resipi turun temurun keluarga Tya dari Indonesia itu turut dipasarkan di Singapura, Brunei dan Australia.

Keistimewaannya juga, Mutyara diolah daripada bahan-bahan alami dan makanan sunnah dengan  rasanya lebih sedap dan senang diminum oleh wanita Nusantara.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER tya ariffin
Share456Tweet285SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Lokal

[VIDEO] Gelagat Arif Jiwa Bersahur -“Mahu Puasa Penuh Tahun Ini”

by Jash Lee
March 30, 2023
VIA Instagram
Indonesia

Seram! Warganet Nampak Penampakkan Kepala Hantu Belakang Tya Ariffin Sewaktu Sedang Asyik Menari Dalam Hutan

by Puteri Alia
March 17, 2023
Lokal

“Tukang On Butang Live” – Rupanya Pembantu Rumah Tya Ariffin Jadi Krew ‘Bersama Tya’

by Khai Azfar
September 14, 2021
Gossip

Teruk Dikecam, Tya Ariffin Padam Video Anak Kedua Siti Nurhaliza?

by Khai Azfar
April 22, 2021

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  2. 2

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

  3. 3

    Penampilan Yasmin Hani Undang Pelbagai Reaksi Netizen?-“Untung Cameraman…”

  4. 4

    Karan Johar Mahu Aishwarya Rai Ganti Kajol Untuk Filem ‘Kabhi Khushi Khabhie Gham’ Tapi…

  5. 5

    Gara-gara Teruk Difitnah, Aqil Zulkiflee Akhirnya Menang Saman

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan