Tular baru-baru ini dimana pelakon dan penyanyi jelita, Lufya Omar berkongsi detik cemas yang dilaluinya bagi menyelamatkan anak perempuannya, Laana Haura yang hampir diculik oleh seorang individu ketika membawa anaknya bermain di sebuah taman permainan di Kota Damansara.
Nasib malang yang menimpa selebriti jelita ini, mengejutkan orang ramai dan juga rakan artis yang mengenali ibu beranak satu ini.
Bukan Mahu Cari Perhatian
Melalui detik yang menakutkan itu, Lufya berkongsi kisah yang dilaluinya di media sosial agar orang ramai boleh lebih berhati-hati. Namun sayang, ada segelintir orang menganggap kisah yang dikongsikan oleh pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar ini hanya rekaan semata-mata bagi mempromosikan drama.
Murai MY menjengah ke Insta Stories pelakon jelita ini, Lufya tampil memberi penjelasan mengenai tuduhan didakwa mengada-adakan cerita dipukul demi promosi drama.
“Boleh anda bayangkan ini? Saya kongsi apa yang berlaku di media sosial bukan mahu perhatian dari sesiapa. Niat saya adalah saya tak mahu situasi ini berlaku lagi di kawasan kejiranan saya.
Sedih tak saya kalau perkara ni berlaku terhadap orang lain dan anak dia orang kena culik disebabkan saya tak beri amaran dan kongsi apa yang berlaku.
Dah kongsi cakap macam ni pula? Ada lagi teruk fitnah saya cakap Fya buat cerita sebab nak promosi drama terbaru.”Jelasnya
Terdahulu Murai MY ada melaporkan Lufya mengalami kecederaan di muka dan badan akibat dipukul seorang individu lelaki, ketika cuba menyelamatkan anak perempuannya dari cubaan menculik yang berlaku di sebuah taman permainan di Kota Damansara.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.