Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home #ApaPlan

Berita Baik Buat Peminat Bunkface! Band Punk Rock Ini Bakal Tampil Dengan Sebuah Konsert Istimewa!

Bunkface! 15 Years of Korang!

by Arsiqin Yusof
July 1, 2022
33
KONGSIAN
Share on Facebook

Keutuhan selama 15 tahun yang tercipta pada band punk rock terunggul tanah air yang berasal dari Klang, Malaysia, Bunkface, membuktikan bahawa kewujudan mereka di arena muzik Malaysia ternyata memberi impak yang mendalam dan punyai pengikut tersendiri sejak awal penubuhannya.

Kini, dianggotai Sam, Youk, Pa’an dan juga Biak, perjuangan mereka dalam memperkasakan karya-karya pop alternatif dalam genre rock punk masih diteruskan dan ternyata mendapat sambutan hangat setiap kali dilancarkan.

“Alhamdulillah, perjalanan kami selama 15 tahun dalam memartabatkan muzik punk rock tetap diterima ramai dan kami akan terus berjuang sehingga akhirnya,” kata Sam, vokalis dan pemain gitar utama.

Konsert Istimewa

Terbaharu, Bunkface kini mempersembahkan karya-karya mereka sepanjang penglibatan dalam industri muzik Malaysia melalui sebuah konsert istimewa ‘Bunkface! 15 Years Of Korang’ yang dianjurkan sendiri oleh syarikat rakaman mereka iaitu Bunkface Production bersama sama dengan penganjur acara tempatan Hitman Solutions.

“Kami rasa bebesar hati kerana berpeluang bekerjasama dengan sebuah band yang hebat untuk membantu merealisasikan impian konsert mereka, kami akan memastikan kepuasan peminat peminat Bunkface yang hadir berada ditahap yang optimum dan berkualiti tinggi” kata Rohit, CEO , Pengasas Hitman Solutions.

Bunkface! 15 Years Of Korang merupakan konsert untuk menyambut tahun ke-15 Bunkface sejak ditubuhkan pada tahun 2005. Konsert ini juga mendapat sokongan dari syarikat dagangan OctaFX yang hadir sebagai penaja utama.

Selain itu , Bunkface 15 Years Of Korang juga mendapat sokongan daripada pelbagai pihak seperti MyCreative Ventures ,Penjana dan Waka . Hot FM & Fly FM tidak ketinggalan untuk turut serta sebagai rakan radio rasmi konsert ini.

“Tujuan utama konsert ini diadakan adalah untuk mempersembahkan lagu-lagu kami kepada peminat-peminat Bunkface yang juga dikenali sebagai Bunkers secara live bersama-sama mereka,” jelas Youk, pemain bass.

Bunkface ketika sidang media yang diadakan di ZEPP KL pada Rabu

Perancangan Konsert Diteruskan

Walaupun sedang sibuk dalam proses mempersiapkan album kelima mereka, Bunkface masih berkesempatan mengadakan konsert buat Bunkers yang merindui aksi-aksi lincah mereka di atas pentas.

“Idea di sebalik konsert ini sepatutnya berlaku dalam tahun lepas, namun bencana pandemik COVID-19 yang berlaku secara global membantutkan kebanyakan aktiviti seni di serata dunia.

“Setelah negara memasuki fasa endemik dan membolehkan aktiviti-aktiviti secara fizikal diadakan kami rasakan sekaranglah masanya untuk beraksi dan bertemu kembali dengan peminat,” ujar Pa’an, pemain guitar.

Pada tahun 2016, terdahulu Bunkface pernah mengadakan konsert ulang tahunnya yang ke-10 dan ketika itu jugalah idea disebalik Bunkface! 15 Years Of Korang tercetus.

“Kalau nak diikutkan, sejak penubuhan band lagi kami sudah memasang angan-angan untuk mengadakan konsert sebegini.

“Kini, impian tersebut sudah pun kami capai dan sekarang kami sudah pun memikirkan konsert pada sambutan ke-20 tahun pula, Insya-Allah,” kongsi Sam lagi.

Konsert Bunkface 15 Years Of Korang akan berlansung di Zepp KL pada 30th dan 31 Julai 2022. Pada tarikh ditulis, penjualan tiket untuk hari pertama telah pun habis dijual dalam masa 11 jam selepas dilancarkan pada 14 Jun lalu. Tiket untuk hari kedua masih boleh dibeli di www.hitmanlive.com .

Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan konsert sila berhubung dengan Encik Keerand (Hitman Solutions) di talian 012 887 0669.

bunkface
https://lomp.at/8xqj6
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem