Sunday, February 5, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Ingin Glamping Di Selangor? Berikut Merupakan 5 Lokasi Yang Wajib Anda Cuba!

by Aphit J.
July 3, 2022
66
KONGSIAN
Share on Facebook

Bagi anda yang sukakan alam semulajadi, jom alami keindahan alam semula jadi di Negeri Selangor dengan penuh gaya dan ‘Glamping’ adalah pilihan yang terbaik!

Resort Taman Eko Rimba Komanwel, Rawang

via Jojo Wong

Taman Eko Rimba Komanwel menggabungkan hutan tebal dengan taman yang indah, tasik dan pelbagai ciri lain untuk menyediakan pelancong dengan suasana yang indah di dalam hutan.

Jika anda ingin pergi berkhemah pada hujung minggu, anda harus menempah tapak perkhemahan sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal.

River & Glamp, Batu Caves

via Glaping Tour

Lokasi  glamping yang cantik ini sudah pasti akan menyerlahkan ciri-ciri terbaik alam semula jadi untuk para pelancong.

Untuk memenuhi permintaan, pakej yang disediakan adalah termasuk tiga hidangan iaitu, sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, semuanya disajikan dalam suasana gaya glamping.

Dusun Bonda, Batang Kali

via Hiker Bay

Disini kini terdapat juga tapak Glamping dan perkhemahan yang disusun di dalam dusun buah-buahan untuk kita menginap.

Dusun Bonda juga menyediakan kemudahan yang mesra untuk kanak-kanak seperti air terjun dan kolam buatan. Keindahan kawasan dan susunan aktiviti pengalaman yang menarik untuk glamping menjadi keutamaan kepada Dusun Bonda kepada tetamu mereka.

Skycamp By Rimba Segara, Hulu Langat

via Rimba Segera

Skycamp by Rimba Segara merupakan tarikan terbaru terletak di kawasan Hulu Langat bagi yang ingin merasakan suasana yang indah dengan sungai dan air terjun di tengah-tengah kebun tropika dan hutan di daerah Hulu Langat.

Para penginap glamping juga boleh membawa makanan sendiri untuk dimasak. Kemudahan seperti peti sejuk dan semua peralatan memasak, termasuk gas juga disediakan.

The Hid3out, Batu Caves

via Mytravelicious

The Hid3out terletak di Sungai Tua, Batu Caves Selangor. Glamping di The Hid3out ialah cara terbaik untuk merasai aktiviti perkhemahan dengan lebih menarik.

Para pengunjung tidak perlu risau dari segi kemudahan kerana di sini terdapat kelengkapan glamping yang telah disediakan. Antaranya seperti tilam, tandas dan lain-lain perkhidmatan. Para pengunjung juga boleh menggunakan ruang BBQ untuk menyediakan makanan dan menikmati penginapan mereka dengan baik.

Kini anda tidak perlu tercari-cari lagi tempat penginapan yang unik, melainkan senarai tempat glamping seperti yang disenaraikan di atas untuk percutian ‘staycation’ anda pada masa akan datang. Untuk maklumat lanjut anda boleh terus ke Tourism Selangor.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: campingglamping
Share26Tweet17SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Hong Kong Hantar Ucapan Selamat Datang Dengan 500,000 Tiket Penerbangan Percuma
Jalan-Jalan

Hong Kong Hantar Ucapan Selamat Datang Dengan 500,000 Tiket Penerbangan Percuma

by Aphit J.
February 4, 2023
Siapa Sangka, Petaling Street Di ‘Spy’ Oleh Amerika Syarikat. Dakwa Pihak Berkuasa Tempatan Tak Proaktif?
Jalan-Jalan

Siapa Sangka, Petaling Street Di ‘Spy’ Oleh Amerika Syarikat. Dakwa Pihak Berkuasa Tempatan Tak Proaktif?

by Phic ARMAN
February 2, 2023
Anzalna Nasir Tinggal Wasiat Sebelum Naik Gelongsor ‘Sky View’ Dubai?
Jalan-Jalan

Anzalna Nasir Tinggal Wasiat Sebelum Naik Gelongsor ‘Sky View’ Dubai?

by Mas Ayu
January 30, 2023
AirAsia Perkenalkan Menu Baru, Barangan Ekslusif Dan Banyak Lagi Untuk Tahun 2023
Jalan-Jalan

AirAsia Perkenalkan Menu Baru, Barangan Ekslusif Dan Banyak Lagi Untuk Tahun 2023

by Aphit J.
January 28, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    ‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

  3. 3

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  4. 4

    [VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

  5. 5

    Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan