Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Ketengahkan Isu Kesihatan Mental, Ini Hasil Kerjasama Hazama & Ajai

Kisah perih dan konflik dalam diri...

by Arsiqin Yusof
July 8, 2022
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Hazama kembali lagi dengan single terbaru yang bertajuk Rasa Tak Menipu. Lagu baharu ini ditulis oleh komposer dan penulis lirik tersohor, Ajai, dan merupakan usahasama antara Wake The Baby Records dan ISK.MUSIK.

Rasa Tak Menipu berkisar tentang kisah keperihan dan konflik dalam diri yang dihadapi oleh seseorang dalam dunia percintaan.

“Kita semua pernah melaluinya, dan faham sangat perasaan tentang kehilangan itu.

“Lagu ini adalah tentang konflik dalaman yang kita rasa apabila seseorang yang kita cintai berlalu pergi secara mengejut. Kita tak dapat menerima hakikat itu, dan menderita kerananya,” kata Ajai.

Perlu Faham Tentang Punca Gangguan Mental

Sementara Hazama pula berasa terpanggil untuk mengetengahkan isu kesihatan mental terutama selepas melalui fasa pandemik COVID-19.

“Selepas melalui fasa pendemik, saya rasa terpanggil untuk mengetengahkan isu kesihatan mental kerana ianya sangat bahaya. Saya amat terkejut apabila mengetahui terdapat pelbagai jenis gangguan mental dan saya juga rasa orang ramai perlu ambil tahu dan kita semua perlu mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang apa yang menyebabkan berlakunya gangguan ini dikalangan kita.

“Gangguan mental ini juga banyak yang menjadi punca kepada masalah keluarga dan rumahtangga, itulah yg kami cuba gambarkan di dalam video muzik ini,” katanya.

Konsep Video Muzik

Video muzik arahan Ramdhan Che Hassan tersebut memberikan sudut cerita di mana watak Hazama yang pada mulanya tampak segak sebagai seorang penyiasat yang sedang menjalankan tugas untuk menyoal siasat seorang gadis dan bertukar arah apabila mereka bertukar peranan secara mengejut. Konsep tersebut mencerminkan bahawa setiap manusia mempunyai dua sisi berlainan dan setiap pertengkaran di antara pasangan pastinya ada versi yang berbeza.

Rasa Tak Menipu juga merupakan lagu tema untuk drama ‘Epilog 3 Naga’ yang akan mula disiarkan melalui Awesome TV (Astro Channel 123HD) dari 8 Julai hingga 10 Ogos 2022, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam. ‘Epilog 3 Naga’ juga akan menyaksikan Hazama kembali ke dunia lakonan sebagai Khalid, bersama-sama Che Puan Juliana Evans dan Syarul Ezani.

Anda boleh mendengarkan ‘Rasa Tak Menipu’ melalui semua platform strim digital termasuk Spotify, Joox dan Apple Music. Video muzik untuk lagu ini juga boleh ditonton melalui saluran YouTube Universal Music Malaysia.

YouTube video
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
https://lomp.at/cz7tr
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem