Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Eyra Hazali Beri Pesanan ‘Padu’ Kepada Peminat Yang Mahu Berumahtangga

Pelakon kongsi beberapa tips persediaan diri memasuki alam perkahwinan kepada peminat

by Puteri Alia
July 8, 2022
via Instagram Eyra Hazali

via Instagram Eyra Hazali

87
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon, Erya Hazali memberi peluang kepada orang ramai dan para peminatnya untuk bertanya soalan kepadanya menerusi send me anonymous messages! di Instagram Story selebriti ini.

Pemilik nama sebenar Hazirah Qasdina, 23, mendapat banyak soalan-soalan tentang kerjaya, kehidupan peribadi, anak-anak dan juga soal perkahwinan di media sosialnya.

Tips Persediaan Bina Mahligai

Menyentuh soal perkahwinan, pelakon ini mendapat soalan dari salah seorang peminatnya yang meminta tips dan nasihat untuk persiapkan diri sebelum memasuki alam rumah tangga tidak lama lagi.

“Hi Eyra!! Saya minat awak dari dulu!! Kita beza setahun.. Saya nak tanya.. Apa yang kita kena sedia untuk kahwin.. Sebab saya tahun depan bulan 2 tarikh nikah, jadi agak gemuruh sikit kemudian bakal suami pula beza dengan dia 3 tahun.

Em apa lagi yang saya kena buat untuk diri sendiri, sebab saya rasa macam saya tak sedia lagi nak masuk alam perkahwinan 🙂 Tolong bantu saya!!” Mesej peminat

Melihat soalan tersebut, Eyra berkongsi beberapa tips serta nasihat ringkas tetapi padat dengan informasi yang diperlukan untuk bakal pengantin membina mahligai yang bahagia bersama pasangan tercinta.

“Hi awak. Terima kasih banyak.

Banyak kena sedia sebab hidup dah berdua, nanti banyak benda kita rasa tak kena bila tak mula dari sekarang. Kena ingat komunikasi adalah kunci.

Bincangkan tentang kewangan dan komitmen. Suka dan tidak suka. Belajar untuk bersabar. Yang penting, ajak pasangan banyak belajar tentang agama.” Balas Eyra

via Instagram Eyra Hazali

Untuk rekod, Eyra mendirikan rumah tangga bersama suami, Haziq Nadzli yang merupakan penjaga gol bola sepak pasukan Johor Darul Ta’azim (JDT) pada 1 November 2019.

Pasangan sama padan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish berusia 3 tahun dan Muhammad Endra Haqimie berusia 2 bulan.

[VIDEO] Telatah Anak Eyra Hazali Tampil Gaya Rambut Perm, Curi Perhatian Netizen!-"Macam Anak Oppa.."
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
eyra hazali
https://lomp.at/5msw6
Share35Tweet22SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem