Wednesday, August 17, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Filem

Jom Lihat 5 Tayangan Dari Disney+ Hotstar Yang Wajib Anda Tonton Sempena Hari Raya Haji Ini

by Aphit J.
July 10, 2022
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Sempena menyambut Hari Raya Haji di hujung minggu, nikmatilah beberapa keluaran paling hangat di Disney+ Hotstar bersama keluarga dan rakan tersayang. Berikut adalah pilihan yang pasti akan menghiburkan hati anda dan orang tersayang pada hari cuti ini.

Ejen Ali Musim 3

via Aiman Abdullah

Bukan sahaja untuk kanak-kanak, Ejen Ali merupakan kegemaran segenap lapisan masyarakat! Ikuti pengembaraan Ejen Ali musim ke 3, dengan tayangan episod baharu yang akan disiarkan pada setiap hari sabtu.

Keluarga Untuk Disewa

Dibintangi Allahyarham Adibah Noor, drama bersiri ini mengisahkan Aina, yang mengalami amnesia selepas terselamat dalam satu kemalangan jalan raya tragis yang mengorbankan seluruh keluarganya. Susulan itu, Aina dijaga oleh neneknya, Puan Sri Maimon (Adibah Noor) yang melantik sekumpulan orang tidak dikenali untuk menyamar sebagai keluarga Aina.

IKLAN

Plot cerita semakin rancak apabila Aina semakin curiga dengan “ahli keluarganya”, sunggupun mereka semua berniat baik. Tonton bagaimana Aini menemui hakikat sebenar dalam siri komedi ini yang pasti akan menghibur hati seisi keluarga anda!

Melur Untuk Firdaus

via GalaMedia

Dibintangi bintang tempatan yang sedang melonjak naik, Meerqeen dan Anna Jobling, drama bersiri ini mengikuti perjuangan Firdaus yang terpaksa akur dengan tujuh syarat yang diberikan oleh Melur, isterinya dalam satu perkahwinan diatur.

Drama ini akan bersiaran di Disney+ Hotstar 15 jam lebih awal daripada TV masa perdana. Oleh itu, jadilah orang pertama yang mengetahui kesudahan kisah ini apabila episod finale disiarkan pada 15 Julai!

Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal

Ikuti pengembaraan kembar popular, Upin dan Ipin, yang bermula apabila mereka terjumpa satu keris mistik di bilik stor Tok Dalang yang membuka portal dan membawa mereka terus ke kerajaan Inderaloka.

Dengan bantuan watak-watak daripada cerita dongeng Malaysia, Mat Jenin dan Belalang, Upin, Ipin dan rakan-rakan mereka mesti mengatasi satu siri halangan mencabar dalam filem pengembaraan ini yang penuh dengan aksi dan keajaiban, diterbitkan oleh Les’ Copaque Production.

Roxy

via Sehatimerahjambu

Aqil dan Arissa, sepasang suami isteri yang bekerjaya, bersusah payah mencari seorang pembantu rumah yang mampu menangani gaya hidup sibuk dan harapan tinggi mereka. Aqil bertindak membawa pulang satu robot manusia untuk bekerja sebagai “pembantu” mereka.

Namun, keadaan berubah pantas apabila ia membabitkan emosi manusia. Strim drama bersiri ini di Disney+ Hotstar untuk mengetahui kesudahannya.

 

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Aidiladhadrama
Share6Tweet4SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

Malam Gala Pengabdi Setan 2: Communion Di Kuala Lumpur Dibanjiri Artis Terkenal!
Filem

Malam Gala Pengabdi Setan 2: Communion Di Kuala Lumpur Dibanjiri Artis Terkenal!

by Phic Arman
August 10, 2022
Ada Pocong? Ini 5 Fakta Menarik Pengabdi Setan 2 Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton
Filem

[REVIEW & GIVEAWAY] Pengabdi Setan 2: Communion, Dia Punya ‘Jump Scare’ Memang Setan!

by Phic Arman
August 4, 2022
‘Thor: Love And Takde?’- GSC Umum Filem Terbaru Thor Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia
Filem

‘Thor: Love And Takde?’- GSC Umum Filem Terbaru Thor Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia

by Hakim Faz
July 28, 2022
Ada Pocong? Ini 5 Fakta Menarik Pengabdi Setan 2 Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton
Filem

Ada Pocong? Ini 5 Fakta Menarik Pengabdi Setan 2 Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Menonton

by Phic Arman
July 27, 2022
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Get Well Soon Andi” – Peminat Mula Risau Dengan Video Yang Dimuat Naik Di Instagram Andi Bernadee

  2. 2

    “Wallahi Benci…”- Aliff Syukri Kongsi MV Aksi Gelek Bersama Baby Shima, Rozita Ibrahim Beri Teguran!

  3. 3

    “Mesti Dah Biasa Tengok…”- Baby Shima Bidas Kecaman Netizen Isu MV Lagu Dangdut Bersama Aliff Syukri

  4. 4

    Ditegur Netizen Selepas Azal “Melamar” Neera Azizi Sebagai Isteri, Zarina Zainuddin Beri Penjelasan!

  5. 5

    “Tak Penting Bagi Saya” – Chef Wan Mahu Iklan Berhenti Canang Ayat ‘No.1 Negara’?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera