Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

Isu ‘Lawak Hina Agama’, Shahrol Shiro Persoal Tindakan Afdlin Shauki?

Dia turut meminta pelawak dan pengarah itu untuk berhenti menuding jari terhadap penceramah agama dan pihak lain yang terlibat serta membiarkan pihak berkuasa melakukan siasatan.

by Naddy Joe
July 12, 2022
69
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelawak, Shahrol Shiro membantah kenyataan yang diberikan oleh Datuk Afdlin Shauki mengenai penutupan sementara sebuah kelab komedi, CrackHouse Comedy Club susulan kontroversi seorang wanita membuat pertunjukan lawak yang didakwa menghina agama Islam baru-baru ini.

“Kenapa Dikaitkan Pulak Penceramah Agama Buat Lawak…”

Menerusi hantaran di Instagram, Shahrol mempersoalkan tindakan Afdlin yang mengaitkan isu crackhouse dengan penceramah yang  berlawak ketika berceramah.

“Sudah-sudah la Abg Afdlin Shauki. Saya masih meletakkan rasa hormat  lagi pada abang. Kenapa dikaitkan pulak penceramah agama buat lawak sewaktu berceramah dengan isu crackhouse ni.

“Mereka selitkan sedikit lawak supaya yang mendengar tidak bosan dan mengantuk. Dengan lawak juga mereka dapat merasakan Islam ini mudah dan mampu menarik golongan muda terutamanya dekat dengan Islam.”-Kata Shahrol.

Henti Tuding Jari

Dalam pada itu, Shahrol turut meminta pelawak dan pengarah tersebut untuk berhenti menuding jari terhadap penceramah agama dan pihak lain yang terlibat serta membiarkan pihak berkuasa melakukan siasatan.

“Tak perlu la juga abang promosikan zaman PH pemerintah. Kita ketepikan dulu ideologi politik sebab isu pokoknya hari ini adalah sebuah kelab yang menjadi tempat berkumpulnya para penggiat standup comedy yang dilihat meraikan content2 yang sensitif terutama isu agama.

“Tolong jangan tuding jari pada penceramah agama dan lain-lain. Tenang dahulu dan biar pihak berkuasa melakukan siasatan. Tapi kenapa abang beria-ria mempertahankan tempat tu yer.”-Tulis Shahrol

Di akhir hantarannya itu, Shahrol mengatakan bahawa dia akan terus bersuara jika Afdlin berterusan membela sebuah kemungkaran.

Malah Shahrol turut berpesan agar Afdlin tidak melakukan perkara yang boleh menghilangkan rasa hormat terhadap pelakon dan pengarah yang lebih senior daripadanya itu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
afdlin shaukiShahrol Shiro
https://lomp.at/1evxe
Share28Tweet17SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem