Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

‘Bayi 4 Bulan Tercampak’- Raja Ilya Mohon Bantuan Dari Orang Ramai

Muatnaik pelakon ini mendapat perhatian warganet di media sosial

by Puteri Alia
July 12, 2022
via Instagram Raja Ilya/Natasya Nadia

via Instagram Raja Ilya/Natasya Nadia

75
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon, Raja Ilya memuatnaik sebuah perkongsian di Instagram-nya dan berharap agar orang ramai dapat menghulurkan bantuan bagi mencari kenderaan jenama BMW yang dipercayai menyebabkan kemalangan berlaku membabitkan sebuah kereta Inspira.

Bayi 4 Bulan Tercampak Keluar

Menjengah ke Instgram Raja Ilya, pelakon ini berkongsi muatnaik tangkap layar hantaran milik mangsa kereta Inspira tersebut. Dimana mangsa meminta bantuan orang ramai di media sosial bagi mencari kenderaan mewah yang melanggar kereta keluarganya di lebuh raya Plus Sungkai arah selatan semalam.

“Assalamualaikum saya mohon sesiapa yang ada footage dashcam kereta BMW plate RS.. Silver gelap yang menyebabkan kemalangan kereta Inspira Putih di Highway Plus Sungkai (Arah Selatan) 11 Julai 2022 pukul 7.30 malam boleh hubungi saya Tasya 0164070559.

Bayi saya 4 bulan sedang bertarung nyawa di NICU akibat patah tulang pinggul, kedua-dua tulang peha dan pendarahan di otak akibat tercampak di tengah highway. Terima kasih” Tulis mangsa

via Instagram Raja Ilya

Raja Ilya menyatakan akibat langgar lari tersebut, bayi berusia empat bulan tercampak keluar dari kereta Inspira dan sedang bertarung nyawa di hospital.

“Luluh hati dapat mesej ni. Jom kita ramai-ramai bantu akak ni. Kesian dengar baby 4 bulan tercampak keluar.. @ena1611 dekat lokasi kejadian masa jadi ni..

Jom kita cari kereta yang lari ni. Kesian kot baby patah tulang pinggul, pendarahan otak dan sekarang dekat ICU.

Jom kita ramai-ramai viral kan dan tolong akak ni cari kereta yang langgar lari dan please keep this family and the baby in your prayers..” Coretnya

Netizen Titip Doa

Muatnaik Raja Ilya mendapat perhatian ramai warganet dan rata-rata ramai yang menitipkan doa buat bayi kecil tersebut agar selamat dan segera pulih. Dalam pada itu, mereka juga berharap segala urusan mangsa mencari nombor kenderaan tersebut dipermudahkan.

“Allahuakbar.. Semoga dipermudahkan segalanya..”

“Semoga Allah selamatkan baby nya, orang yang langgar tu dapat tangkap.” komen warganet

via Instagram Raja Ilya

“Semoga Allah permudahkan urusan perubatan baby dan pencarian langgar lari. Moga dapat dibawa muka pengadilan”

“Semoga dipermudahkan segalanya dan baby diberikan kesembuhan. Amin” komen mereka

Nombor Kenderaan BWM Ditemui

Murai menjengah ke Instagram Story mangsa, Natasya Nadia, wanita ini berkongsi maklumat terkini di mana nombor kenderaan milik kereta mewah jenama BMW yang menyebabkan kemalangan tersebut berlaku telah pun ditemui.

“Alhamdulillah ramai membantu. Terima kasih saya dah dapat nombor kereta tersebut. Saya tak dapat kongsi atas sebab-sebab keselamatan dan perlu report dahulu. Saya patah kaki dan suami tersiat isi lengan. Terima kasih yang membantu.” Tulis Natasya

via Instagram Natasya Nadia

Natasya mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sudi membantunya menguar-uarkan kejadian yang menimpa keluarganya.

[VIDEO] Gelagat Anak Raja Ilya Beri Ucapan Raya, Netizen Terhibur!-"Comel Sangat Ni..."

Semoga baby Aqasha Alhaq selamat dan segera sembuh, manakala pelaku kemalangan di bawa ke muka pengadilan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
raja ilya
https://lomp.at/hctdq
Share30Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem