Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

[REVIEW] Musyrik- Api Neraka Menantimu! Filem Seram Tempatan Yang Dirindui Rakyat Malaysia

by Phic ARMAN
July 12, 2022
45
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, kami berpeluang menonton tayangan perdana filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd berjudul  Musyrik – Api Neraka Menantimu! yang dibintangi Aeril Zafrel, Ashraf Muslim dan Ruhainies selaku teraju utama. Turut serta, Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.

Secara ringkas, filem ini menngisahkan Aril (Aeril Zafrel) seorang lelaki yang panas baran dan mengalami masalah dalam perniagaannya. Keadaan ini menyebabkan rumahtangganya porak peranda kerana sikap Aril yang sering menyalahkan kehadirannya anaknya Puteri (Qaseh Shuhada) yang membawa sial.

Satu kejadian telah berlaku menyebabkan isterinya Wati (Aishah Ilias) tanpa sengaja dibunuh. Kemudian Aril terpaksa tanam isterinya di belakang rumah sehinggalah berlakunya perkara yang mistik menghantui adik iparnya Farah (Ruhainies).  Farah datang ke rumah untuk melawat Wati yang sebenarnya sudah mati dan merasakan sesuatu yang pelik telah berlaku dalam keluarga tersebut. Apa yang berlaku seterusnya? Apakah punca Aril hilang akal sehinggakan membunuh isteri sendiri? Anda kena saksikan sendiri.

REVIEW: Boleh Tahan Seram

Setelah menonton, kami merasakan filem ini sesuai untuk mereka yang merindui filem seram tempatan. Kisah seramnya juga tidak terlalu mengarut kerana ia berkaitan dengan ilmu hitam dan amalan syirik yang kita selalu dengar. Antara hal yang menarik perhatian adalah lokasi penggambaran yang mencerminkan budaya melayu. Hampir keseluruhan filem berlatar belakangkan keindahan kampung dan ia menjadikan sinematografi dalam filem ini sangat cantik. Ini terutama rumah kayu klasik kepunyaan Aril, kawasan kampung sawah padi dan sebagainya.

Dari segi babak kejutan (jump scares), kami boleh katakan agak sedikit. Kebanyakkan jump scares ketika Farah (Ruhainies) dihantui roh jahat kakak iparnya, Wati. Antara yang kami rasa gerun sedikit ketika suara syaitan ‘Azazil’ memanggil sahabat syaitannya yang lain seperti Daasim, Zaknabur dan ramai lagi. Bahagian ni memang agak meremang.

Aeril Zafrel Nafi Tawar Hadiah Wang Tunai RM30,000, Seru Orang Ramai Waspada Dengan Scammer!

Menyentuh dari hal lakonan, pelakon utama seperti Aeril Zafrel, Ashraf Muslim dan Ruhainies sememangnya memberi impak yang kuat dalam filem ini. Namun ada beberapa pelakon lain yang masih baru dalam bidang lakonan terlihat agak ‘kayu’. Namun ia tidak mencacatkan jalan cerita keseluruhan. Dari 5 bintang kali boleh beri 3.5 bintang untuk keluruhan filem dan berbaloi untuk ditonton.

Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! mula ditayangkan di pawagam seluruh tanah air sejak 7 Julai lalu. Trailer rasmi filem ini sudah menerusi saluran YouTube/WhiteMerpatiMovies sejak 15 Jun lalu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Aeril ZafrelAishah IliasArwan UmarAshraf MuslimMusyrik - Api Neraka Menantimu!neera aziziQaseh Shuhada
https://lomp.at/7m26u
Share18Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem