Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Baru Buat Rawatan IVF, Madammu Dapat Hadiah Kereta Mercedes-Benz?

Suami Madammu hadiahkan kereta mewah sebagai pembakar semangat teruskan proses IVF

by Puteri Alia
July 13, 2022
via Instagram Eriyca Baiduri

via Instagram Eriyca Baiduri

86
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebut saja tentang penaja utama Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), pasti terbayang iklan Noir Health & Beauty berlatar belakangkan warna tema rona ungu menghiasi kaca televisyen umum pada awal bulan Mac lalu.

Menjengah ke Instagram pengasas syarikat kosmetik terkenal ini, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abdul Rashid berkongsi muatnaik yang menarik perhatian ramai di media sosialnya.

Kereta Mewah Pembakar Semangat Madammu

Melihat perkongsian Madammu, suaminya Muhammad Azri Che Noh menghadiahkan kereta mewah dari jenama Mercedes-Benz sebagai pembakar semangat untuk dirinya meneruskan proses In Vitro Fertilization (IVF).

Menerusi entri yang ditulis Madammu, suaminya yang dikenali sebagai TP atau Tuan Penasihat mengambil masa 10 bulan untuk pra pesanan sebelum berjaya mendapat kenderaan mewah tersebut.

“Hadiah kehamilan kata dia, walaupun IVF Madammu belum pindah embrio! Kata dia, ini semangat Madammu untuk teruskan proses IVF.

Proses IVF, Madammu hampir putus asa akibat banyak proses termasuklah Madammu kena bedah buang tiub fallopian dulu.

InshaAllah akan Madammu teruskan juga walau tanpa hadiah, tapi bila dah bagi hadiah lebih semangat lah! 10 bulan TP pra-pesanan kereta ini. Akhirnya sampai juga.” Coretnya

via Instagram Eriyca Baiduri

Netizen Titip Doa

Muatnaik yang dikongsikan usahawan wanita berusia 33 tahun ini mendapat perhatian ramai warganet di media sosialnya, rata-rata ramai yang menitipkan doa agar usaha dan urusan melakukan proses IVF dipermudahkan.

“Alhamdulillah. Semoga berjalan lancar IVF Madammu. Dipermudahkan urusan dan diberkati Allah”

“Cantiknya kereta Madammu. InsyaAllah.. Semoga dipermudahkan segala urusan Madammu dan TP”

“Alhamdulillah Madammu.. Semoga terus kuat ya” komen mereka

via Instagram Eriyca Baiduri

“Alhamdulillah rezeki Madam. Semoga urusan IVF Madam dipermudahkan. Amin”

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga termakbul doa dan impianmu”

“Tahniah Madammu, semoga dipermudahkan segala urusan” komen mereka lagi

via Instagram Eriyca Baiduri

“Alhamdulillah rezeki dapat kereta, semoga urusan Madam dipermudahkan amin”

“Tahniah Madammu. Moga Allah permudahkan perjalanan IVF Madam”

“Teruskan semangat untuk IVF proses” komen warganet

Sekadar info, Murai MY menjengah ke laman sesawang Mercedes-Benz dan mendapati kereta mewah yang dihadiahkan oleh suami Madammu ini adalah jenis Mercedes-AMG G 63 yang bernilai bermula dari RM1.4 juta.

Bukan biasa-biasa hadiah yang Madammu dapat, apa pun Murai mendoakan agar urusan proses IVF Madammu berjalan dengan lancar.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
eriyca baiduriIVFMercedesNoir Health & Beauty
https://lomp.at/y10ca
Share34Tweet22SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem