Sunday, July 13, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Tular Video Siti Nurhaliza Berkongsi Bertemu Lailatul Qadar, Kenapa Netizen Meragui?

Siti berkongsi pengalaman di tanah suci terbuka hijab nampak sesuatu di langit depan Kaabah

by Puteri Alia
July 13, 2022
via Facebook Kaki Video Champ

via Facebook Kaki Video Champ

314
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebuah video tular di laman Facebook baru-baru ini di mana penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dikatakan melihat sesuatu yang luar biasa di langit sewaktu berada di tanah suci Mekah. Difahamkan video itu diterbitkan dalam beberapa tahun yang lalu namun dikongsikan semula oleh pengguna Facebook.

Berhajat Ingin Melihat Malaikat Dimakbulkan?

https://murai.my/wp-content/uploads/2022/07/291705420_1106951520225054_8401509841690253880_n.mp4

Video yang tular itu dikongsikan oleh laman Facebook Kaki Video Champ, di mana rakaman yang dimuatnaik memaparkan pendedahan Siti Nurhaliza dalam sebuah rancangan televisyen di TV AlHijrah yang dihoskan ustaz Don Daniyal.

Menerusi rakaman tersebut, Siti berkongsi cerita kepada ustaz Don bahawa beliau berdoa pada Allah SWT di tanah suci agar ditunjukkan Lailatul Qadar dan juga malaikat. Menurut Siti lagi, penyanyi ini mendedahkan hajatnya itu dimakbulkan Yang Maha Esa.

“Sampai malam ke-27 ketika itu. Sewaktu saya baru saja selesai tawaf sunat juga. Saya balik ke hotel, ketika itu kan doa qunut dibacakan dalam pukul 3 pagi.

Waktu doa yang panjang tu lah kebetulan saya balik ke hotel, berehat sekejap dan terus ke satu tempat tu di tempat yang terbuka dan tempat tinggi.

Saya dan juga suami. Sebab hati saya terlalu kuat cakap. Saya ajak suami ‘jom kita duduk kat balkoni yang terbuka ni’ dan dia boleh menghadap Kaabah jelas dan persekitaran Kaabah pun saya boleh nampak.

Dan di langit pun kita boleh nampak juga. So di situlah bila doa qunut yang dibacakan oleh imam, di saat doa-doa yang terakhir tu semuanya menangis, amin dalam hati.

Saya tak tahu apa yang tergerak hati saya untuk pandang ke langit dan di situ lah saya lihat. Saya dapat tengok apa yang saya minta tu Allah tunjukkan.” Ujar Siti

via Facebook Kaki Video Champ

Netizen Beri Pelbagai Respon

Mendengar pengalaman yang dikongsikan penyanyi tersohor negara ini, rata-rata ramai warganet memberi pandangan dan komen yang bercampur-baur.

“Terima kasih. Semoga yang dikongsikan beri kesedaran kepada yang kurang sedar. Elok lah apa yang di lihat tu tak di sebut.”

“Saya ni tak pandai.. Macam mana rupa malaikat dan macam mana dia comfirm itu malaikat.. Sekadar nak tahu.”

“Ingat senang nak jumpa Lailatul Qadar. Kalau betul dia dah stop semua aktiviti duniawi.” Komen mereka

via Facebook Kaki Video Champ

“Terus-terang aku tak percaya dengan cerita-cerita gini oleh orang-orang yang macam ni. Bukan nak kata Siti tak baik tapi faham-faham sendiri sudah.”

“Entah lah.. Nak percaya ke tidak apa yang dia ni cakap. Bukan senang nak jumpa Lailatul Qadar/malaikat. Wallahualam.”

“Alhamdulillah.. Semoga kita juga bertemu malam Lailatulqadar.” Komen mereka lagi

via Facebook Kaki Video Champ

“Allah memberi kepada siapa yang dia kehendaki.. Indahnya pengalaman Tokti.. Allah dekat dengan hambaNya.”

“Sedangkan nabi pun rasa takut gementar sampai pucat lesi wajah baginda pertama kali jumpa malaikat Jibrail di Gua Hira.”

“Fenomena Siti diragui. Perkara ghaib hak milik yang Maha Esa.” Komen warganet

via Facebook Kaki Video Champ

Sama ada kisah yang dikongsikan Siti Nurhaliza ini benar atau tidak, hanya empunya diri dan juga Allah SWT yang mengetahuinya.

[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza Rehearsal lagu 'Kun Anta' Untuk Asean Summit, Cetus Perhatian Ramai!
siti nurhaliza
https://lomp.at/lzz73
Share126Tweet79SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN

Lokal

Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

by Aphit J.
July 12, 2025

Semua sedia maklum bahawa semenjak dua menjak ini anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Ammar Ahyyan sering...

Read more
Lokal

Shila Amzah Gembira Jumpa Jaclyn, Ella & Awie Selesai Konsert – Beri Gambaran Artis Legenda Yang Serangnya

Sebelum ini kecoh di media sosial apabila penyanyi popular tanah air, Shila Amzah, mendakwa dirinya telah diserang secara terbuka oleh...

Read more
by Aphit J.
July 12, 2025
Lokal

Shila Amzah Dakwa Diserang Artis Legenda Ketika Latihan Konsert, Nama Amy Search, Awie dan Ella Jadi Bualan Netizen

Mengambil langkah selamat dan profesional, penyanyi terkenal Shila Amzah memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung insiden yang didakwa berlaku...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Lokal

“Lagu Ini Ada Hantu”– Tokti Dedah Detik Cemas di Pentas Konsert Violet Skies, Pemilik 60 Konsert Tetap Gementar

Pernah menjayakan lebih 60 konsert sepanjang tiga dekad dalam dunia seni, Biduanita Datuk Seri Siti Nurhaliza terus membuktikan bahawa auranya...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Lokal

Rindu Cucu Tak Pernah Padam, Ibu Aliff Aziz Luah Harapan Bertemu Semula Ayden dan Ara di Akhirat

Dalam suasana penuh emosi sempena ulang tahun kelahiran dua cucu tersayang, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz, Siti Hafiza meluahkan rindu...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Lokal

‘Unfollow’ Tanpa Penjelasan, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin Cetus Spekulasi Rumah Tangga di Ambang Perpisahan

Tiada siapa menyangka, di sebalik senyuman dan momen indah yang pernah dikongsi bersama, rumah tangga pasangan selebriti Zizi Kirana dan...

Read more
by Puteri Alia
July 11, 2025
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Comelnya! Victoria Kongsi ‘Unseen’ Foto & Video Harper Sempena Ulang Tahun Ke-14

Comelnya hubungan mak dan anak ini! Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Harper Beckham yang ke-14 semalam, Victoria Beckham telah memuat...

Read more
by Soph Azz
July 11, 2025
Foto - @ridzokumura (IG)
Lokal

[VIDEO] Terlalu Rindukan Arwah Ibu, Ramai Sebak Lihat Sky Menangis Dalam Tidur

Perkongsian terbaru Ridzokumura mengenai keadaan terkini anak tunggalnya, Sky Taizo Okumura, telah membuatkan ramai yang sebak. Tidak dapat menanggung kerinduan...

Read more
by Soph Azz
July 11, 2025
Lokal

Ummi Nazeera Menari Di TikTok, Lain Pula Yang Netizen ‘Cemburu’?

Pelakon, Ummi Nazeera kembali menghiburkan peminat di media sosial dengan perangai 'random' selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru...

Read more
by Naddy Joe
July 11, 2025
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Remy Ishak Melepas Rindu Di Airport, Netizen Terharu!

Perkongsian isteri kepada aktor Remy Ishak iaitu Ezza Yusof mencuri perhatian netizen selepas berkongsi gelagat anak lelaki mereka, Tuah Alam...

Read more
by Naddy Joe
July 11, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  3. 3

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  4. 4

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

  5. 5

    Ini Reaksi P Diddy Setelah Terlepas dari Dakwaan Perdagangan S*ks

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem