Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Kini Bergelar Pelakon, Vanessa Reynauld Mahu Belajar Lebih Lagi

Penyanyi berbakat Vanessa Reynauld kini sudah menjinakkan diri dalam dunia lakonan menerusi kemunculan pertama dalam telemovie 7 Minggu Sebelum Kahwin.

by Arsiqin Yusof
July 15, 2022
28
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi berbakat Vanessa Reynauld kini sudah menjinakkan diri dalam dunia lakonan menerusi kemunculan pertama dalam telemovie 7 Minggu Sebelum Kahwin.

Menurut Vanessa, pengalaman pertama bergelar pelakon memberi pengalaman menarik dan sukar dilupakan olehnya.

“Dalam 7 Minggu Sebelum Kahwin, saya melakonkan watak Ana yang merupakan seorang ibu mengandung. Pengalaman berlakon pertama kali dalam telemovie ini memang menyeronokkan dan sukar untuk saya lupakan.

“Karakter itu ada persamaan dengan diri saya yang sebenar jadi tak rasa macam berlakon sangat. Selepas ini saya mahu belajar lebih lagi tentang selok belok dunia lakonan.

“Dari situ, mungkin juga suatu hari nanti saya akan jadikan lakonan sebagai kerjaya saya juga, siapa tahu bukan?” katanya kepada Murai MY semalam.

Instagram – Vanessa Reynauld

Nyanyian Sentiasa Diutamakan

Dalam pada itu, penyanyi yang baru tampil dengan versi terbaru lagu Halaman Asmara bersama Pasya itu menambah, bidang nyanyian akan sentiasa menjadi keutamaan meskipun berhasrat untuk terlibat lebih aktif dalam dunia lakonan.

“Kalau dah makin aktif berlakon nanti, saya akan cuba seimbangkan dengan kerja-kerja sebagai penyanyi. Apapun, saya memang akan lebihkan bidang nyanyian kerana bakat diri saya memang lebih berat ke arah itu.

“Untuk berlakon, memang kena usaha lebih. Bagi saya, tiada istilah terlambat untuk belajar sesuatu perkara. Kalau menyanyi pula, ia memang berlaku secara natural sahaja,” katanya lagi.

Terserempak Dengan Pasya

Mengulas tentang bagaimana tercetusnya idea menyanyikan versi baru Halaman Asmara, Vanessa mengatakan ia bermula daripada pertemuan secara tidak sengaja bersama Pasya di sebuah restoran makanan Arab.

“Halaman Asmara sudah ada nama dan reputasi yang tinggi kerana lagu asalnya dinyanyikan oleh Datuk Awie dan Ziana Zain. Tapi saya dan Pasya cuba untuk membawa lagu ini dengan sentuhan kami yang tersendiri dan masih menghormati keaslian lagu ini. Kami tidak mahu memadam identiti yang dibawa kedua-dua penyanyi asal, sebaliknya meneruskan legasi Halaman Asmara.

“Kisah terhasilnya lagu ini, saya dan Pasya terserempak di sebuah restoran makanan Arab, dia datang untuk urusan lain, saya juga begitu. Kemudian dia tegur dan tanya sama ada mahu bekerjasama sekali dan menyanyikan lagu ini,” katanya.

YouTube video
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Vanessa Reynauld
https://lomp.at/kieur
Share11Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem