Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

‘Untung Datuk, Dapat ‘Saham’ Pahala Haji’- Ustaz Puji Dr Azizan

by Phic ARMAN
July 15, 2022
Share on Facebook

Di Malaysia, siapa sahaja yang tak kenal dengan mentor usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman kerana namanya cukup sinonim dengan dunia perniagaan. Pernah dihambat kontroversi kononnya dia terlibat dengan skim cepat kaya, namun Azizan tetap meneruskan perjuangannya melahirkan ramai ahli perniagaan.

Dalam pada itu, Azizan bukan hanya mengajar ilmu perniagaan malah soal ibadah kepada anak-anak didiknya yang kebanyakan beragama Islam.

Hal ini telah dideahkan oleh penceramah bebas, Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus, menerusi Facebooknya yang kini berada di Tanah Suci. Difahamkan beliau sedang mengikuti rombongan Mutiara Travel and Tours yang kebetulan terdapat beberapa orang usahawan di bawah bimbingan Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. itu.

“Untung Azizan, selain dapat pahala ajar bisnes, nampak gayanya banyak juga saham pahala ibadah haji bakal diperolehi.

“Allah pertemukan saya dengan beberapa orang murid beliau, ada yang dalam rombongan bersama dan ada datang dengan travel lain. Tapi semuanya menyebut, ‘Doc pesan kepada kami buat haji!’,” katanya menerusi satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook, semalam.

Tambahnya, semoga Allah menerima segala amalan kita semua.

“Saya perasan, ada beberapa persamaan yang ada pada mereka (anak-anak murid Azizan) ini.

“Pertama, pandai bisnes; mudah mesra dengan sesiapa sahaja; suka berbuat kebaikan terutamanya bersedekah dan senyumannya manis,” ujarnya lagi.

Menerusi perkongsian itu, Ustaz Syed Mohd Norhisyam juga mengucapkan tahniah kepada mentor usahawan itu dan moga terus berjaya melahirkan lebih ramai usahawan jutawan yang barakah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

  2. 2

    Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

  3. 3

    Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara