Wednesday, March 22, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Ali Puteh Kecewa, Tak Mahu Ada Kena Mengena Dengan Sebuah Syarikat Pembekal Ayam

Pelawak Ali Puteh memaklumkan dia kini tidak lagi ada kena mengena dengan sebuah syarikat pembekal ayam selepas dilantik sebagai duta April lalu.

by A.Aided
July 15, 2022
28
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelawak Ali Puteh memaklumkan dia kini tidak lagi ada kena mengena dengan sebuah syarikat pembekal ayam selepas dilantik sebagai duta April lalu.

Menurut Ali, keputusan itu dibuat kerana tidak mahu namanya dikaitkan dengan syarikat tersebut terutamanya melibatkan hal bekalan ayam kepada peniaga dan pembeli.

“Saya tidak mahu ada pihak yang mengalami masalah ketika berurusan dengan syarikat pembekal itu selepas beberapa isu timbul.

“Jujurnya saya juga kecewa dengan apa yang terjadi apabila perjanjian antara saya dengan syarikat itu tidak berjalan seperti yang sepatutnya,” katanya.

Instagram – Ali Puteh

Belum Terima Bayaran?

Ali, 33, yang juga juri lokasi untuk siri jelajah Awesome Raja Lawak juga kesal kerana tidak menerima sebarang bayaran seperti yang dijanjikan meskipun sudah memberikan komitmen penuh selaku duta.

Tambahnya juga, dia melepaskan beberapa tawaran bernilai puluhan ribu kerana mahu menumpukan perhatian sebagai duta dan usahawan ayam bersama syarikat berkenaan seperti yang diminta.

“Saya terima tawaran kerana diperkenalkan orang seorang kawan yang memang saya kenal dan peluang perniagaan turut ditawarkan bagi saya.

“Saya melihat ia sebagai satu peluang terbaik untuk menjana pendapatan lebih stabil tapi perkara lain yang timbul.

“Sedih sebab saya lepaskan banyak tawaran lain untuk fokus pada peluang ini dan saya ada tanggungjawab serta tanggungan,” katanya lagi.

“Tak Mahu Pihak Lain Jadi Mangsa”

Ali berkata dia juga mempunyai kontrak sah dengan syarikat berkenaan dan sudah beberapa kali cuba mendapatkan penjelasan namun tiada jalan penyelesaian.

“Saya terima dan saya percaya ada hikmah cuma saya perlu tampil untuk membuat penjelasan berhubung hal ini.

“Saya enggan masalah timbul dan nama saya terkait apabila syarikat ini membuat urus niaga. Saya tidak mahu ada pihak lain jadi mangsa,” jelasnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Ali Puteh
Share11Tweet7SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Iqbal Zulkefli Jawab Soalan Netizen Mengenai Hubungannya Dengan DSV-“Saya Tak Mahu Ulang Lagi…”
Gossip

Iqbal Zulkefli Jawab Soalan Netizen Mengenai Hubungannya Dengan DSV-“Saya Tak Mahu Ulang Lagi…”

by Naddy Joe
March 22, 2023
Ada Susah-Senang Untuk Suami, Nasib Pelakon Cantik Diana Danielle Dan Puteri Sarah Tetap Tidak Bahagia
Lokal

Ada Susah-Senang Untuk Suami, Nasib Pelakon Cantik Diana Danielle Dan Puteri Sarah Tetap Tidak Bahagia

by Puteri Alia
March 21, 2023
Syamsul Yusof Ada Nasihat Bini Kedua, Ira Kazar Untuk Bersabar Menempuh Ujian Serta Menanti Hikmah
Gossip

Syamsul Yusof Ada Nasihat Bini Kedua, Ira Kazar Untuk Bersabar Menempuh Ujian Serta Menanti Hikmah

by Puteri Alia
March 21, 2023
Tak Boleh Terima Puteri Sarah Curang Dengan Bekas Kekasih, Syamsul Yusof “Selesaikan” Dengan Berkahwin Lain
Lokal

Tak Boleh Terima Puteri Sarah Curang Dengan Bekas Kekasih, Syamsul Yusof “Selesaikan” Dengan Berkahwin Lain

by Puteri Alia
March 21, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Netizen Teruja Dengar Puteri Balqis Cakap Inggeris-“Omg Her Accent”

  2. 2

    “Zaman Sekarang Ikat Perut Suami Masak Sedap Pun Dah Tak Menjamin”- Eina Azman Luah Sudah Buat Yang Terbaik

  3. 3

    Sudah Tidak Tinggal Sebumbung, Diana Danielle Akui Tidak Menanggung Zaman Kesedihan Lagi

  4. 4

    Rezeki Anak, Fizo Omar Terima ‘Durian Runtuh’!

  5. 5

    Peminat Bimbang Meerqeen ‘Trauma’ Selepas Buat TikTok Dengan Ratu Farah Diva?-“Muka Terpaksa..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan