Thursday, July 10, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Jennifer Lopez & Ben Affleck Akhirnya Berkahwin

Pasangan selebriti popular Hollywood, Jennifer Lopez (J Lo) dan Ben Affleck akhirnya berkahwin Sabtu lalu di Las Vegas, Amerika Syarikat.

by Arsiqin Yusof
July 18, 2022
51
KONGSIAN
Share on Facebook

Pasangan selebriti popular Hollywood, Jennifer Lopez (J Lo) dan Ben Affleck akhirnya berkahwin Sabtu lalu di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Memetik laporan Variety, berita perkahwinan itu ternyata sah apabila kedua nama mereka memfailkan lesen perkahwinan di Clark County, Nevada.

J Lo Teruja

Menerusi laman web berkonsepkan newsletter “On the JLo”, J Lo menulis kata-kata ringkas menggambarkan keterujaannya.

“Kita berjaya lakukannya!” tulisnya.

View this post on Instagram

A post shared by Jennifer Lopez (@jlo)

Pasang Surut Hubungan

Sebelum ini, hubungan J Lo dan Ben mengharungi pasang surut tersendiri selama 18 tahun.

Mereka mula berkenalan pada tahun 2022 ketika menjalani penggambaran filem Gigli. Berita mengenai hubungan mereka tersebar luas ketika itu. Bagaimanapun, mereka membuat keputusan menangguh perkahwinan ke tahun 2003.

Namun setahun selepas itu, J Lo dan Ben mengumumkan mereka sudah berpisah dan membawa haluan masing-masing.

Tahun lalu, mereka dihidu kembali menjalin cinta apabila dilihat bergambar bersama. Pada April tahun ini, mereka telah selamat bertunang.

Perkahwinan ini adalah yang keempat untuk J Lo dan kedua untuk Ben. Seperti umum mengetahui, J Lo pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi popular Marc Anthony.

Hasil perkahwinan bersama Marc, mereka memiliki sepasang cahaya mata kembar iaitu Max dan Emme yang kini berusia 14 tahun.

Mengimbas masa lalu Ben pula, aktor itu pernah berkahwin dengan pelakon terkenal Jennifer Garner dan memiliki tiga anak hasil perkongsian hidup bersama bekas isterinya itu.

Kredit Foto: Frazer Harrison/Getty Images

ben affleckJ Lo
https://lomp.at/rj86r
Share20Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem