Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Lelaki Hina Islam Mohon Maaf, Caprice Sedih Ramai Yang Hina Agama Sendiri

Caprice akui sedih melihat umat Islam menghina agama sendiri

by Puteri Alia
July 18, 2022
via Instagram Caprice

via Instagram Caprice

Share on Facebook

Sebelum ini isu mengenai wanita dan pemilik kelab komedi mempersendakan agama hangat diperkatakan di media sosial, kini muncul tular pula video panas di mana seorang lelaki menghina Islam dengan menyamakan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW sebagai haiwan.

Hal yang tular ini mendapat perhatian orang ramai termasuklah penyanyi rap, Caprice yang turut mengulas tentang isu tersebut di Instagram nya.

Ditahan Dan Mohon Maaf

Murai MY menjengah ke media sosial penyanyi rap ini, Caprice memuatnaik video di mana lelaki yang mempersendakan agama di media sosial telah pun ditahan, dan individu tersebut memohon maaf atas kelakuannya.

Dalam masa yang sama, Caprice meluahkan rasa bangga menerusi kapsyen yang ditulis di mana orang ramai dan pihak berkuasa sangat tangkas dan cepat mengambil tindakan.

“Brader yang viral pagi tadi minta maaf dan sudah kena tangkap dengan pihak polis. Tahniah kepada orang awam dan pihak @pdrmsia_official sebab laju ambil tindakan.” Tulisnya

Sedih Lihat Umat Islam Hina Agama Sendiri

Melihat entri yang ditulis Caprice lagi, penyanyi rap ini meluahkan rasa kesal dan sedih melihat banyak kes berkaitan hina agama terjadi dikalangan umat Islam sendiri.

“Cap sedih sebab baru-baru ni terlalu banyak kes orang kita hina agama kita sendiri. InsyaAllah kita sama-sama bantu, sama-sama ajar, sama-sama bangkit.” Coretnya

via Instagram Caprice

Netizen Kecam Tindakan Lelaki Persenda Agama

Melihat perkongsian Caprice di Instagram, ramai warganet mula membanjiri ruangan komen dengan memberi kritikan dan mengutuk perbuatan lelaki terbabit.

“Senang ja minta maaf kasi settle. Tadi bukan sembang berani mati sangat ka? Kena sakit terus menggelupur minta maaf.”

“Patut kau bertaubat pada Allah.”

“Baru tahu langit tu tinggi rendah, kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa.” Komen mereka

via Instagram Caprice

“Waktu nak hina, punya lah berani tapi lepas dah kena tibai? Tahu pula takut! Biar jadi pengajaran untuk orang yang suka hina Islam.”

“L*ncau settle macam tu. Kau silap bebudak ni bagi muka lagi je musib*t. Kalau tak, dah lunyai dah kau ni.”

“Semoga dapat hidayah.” Komen warganet

via Instagram Caprice

View this post on Instagram

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Terdahulu, Murai MY ada melaporkan isu tentang wanita menghina Islam di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail, malah pemilik kelab berkenaan juga mendapat kritikan orang ramai kerana menjadikan topik perkauman sebagai bahan lawak jenaka.

Apa pun semoga individu tersebut diberi hidayah dan bertaubat atas apa yang dilakukannya.

Menantu Siti Nurhaliza Diserang Caprice, Asyraf Khalid Umum Akan Saman Fitnah
capricehina islam
https://lomp.at/dvuh0
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara