Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Pengguna Twitter Ini Bengang Lihat Penumpang LRT Biadab, Tapi Netizen Salahkan Pengadu?

by Rory Kim
July 21, 2022
Via Twitter

Via Twitter

133
KONGSIAN
Share on Facebook

Pengangkutan awam telah disediakan oleh kerajaan untuk memudahkan rakyat marhaen menuju ke destinasi yang diingini. Tempat duduk juga disediakan secukupnya bagi keselesaan penumpang yang menaiki pengangkutan awam tersebut. Baru-baru ini, seorang pengguna di Twitter dikecam oleh netizen kerana mengadu tentang seorang penumpang yang meletakkan beg di tempat duduk.

Pengguna mengadu kepada MRT 

Via Twitter

“Dear @MRTMalaysia what is the best way to teach this boy that seats are not meant for his bag?

And despite knowing many are standing including olderlies & pregnant women, he seems to be dumb. This was in Pasar Seni route.”-tulis pengguna Twitter tersebut. 

Seorang pengguna di Twitter telah mengadu kepada MRT Malaysia tentang seorang penumpang MRT yang meletakkan beg di tempat duduk. Dia bertanya kepada pihak MRT bagaimana untuk mengajar penumpang tersebut bahawa beg bukannya diletakkan di tempat duduk supaya penumpang lain dapat peluang untuk duduk. Dia juga menyatakan bahawa penumpang itu kurang bijak kerana perbuatannya.

Netizen memberi kecaman

Via Twitter

“Tegur jela budak tu dulu. Dia tak bagi baru tweet”- luah seorang netizen

“Tah nama pun budak, kita yang tua kena la didik bukan hentam”- tulis seorang lagi netizen

Rata-rata netizen memberi kecaman selepas melihat ciapan pengguna Twitter tersebut kerana mengaibkan penumpang MRT tersebut. Mereka menyatakan bahawa pengguna tersebut boleh sahaja memberitahu penumpang itu untuk alihkan begnya sekiranya dia atau penumpang lain mahu duduk.

Tidak menghadapi situasi tersebut?

Via Twitter

“Hahaaa nyesal pulak sembang guna bahasa asing, suma pun tak paham ayat simple tapi acah-acah p*latao.

Takde pulak aku cakap aku yang berdepan situasi ni.”- ujar pengguna Twitter tersebut

Selepas menerima kecaman daripada netizen, pengguna Twitter tersebut membalas dengan menyatakan bahawa die menyesal menggunakan bahasa Inggeris untuk ciapannya sebelum ini kerana ramai yang tidak faham walaupun menggunakan ayat yang mudah. Dia juga menyatakan yang bukan dirinya yang mengalami situasi tersebut.

Netizen juga keliru

Via Twitter

“So, bukan gambar ko kan? Motip? Nak ajak ngumpat?”- luah seorang netizen

“Dah kena kecam baru sedar diri tu b*ngang”- balas seorang lagi netizen

Netizen juga semakin keliru dengan komen pengguna Twitter tersebut. Mereka menyatakan apa motif sebenar pengguna tersebut menyebarkan isu tersebut sekiranya ia tidak berlaku kepada dirinya sendiri dan pertikaikan  adakah semua ini semata-mata untuk mengumpat atau menjadi viral. Mereka juga tidak berpuas hati dengan sikap pengguna tersebut yang merasakan dirinya seolah-olah bagus tetapi realitinya telah memalukan diri sendiri.

Sudah maklum bahawa ramai penumpang pengangkutan awam ingin mendapatkan peluang untuk menggunakan tempat duduk yang disediakan supaya tidak penat berdiri sepanjang perjalanan. Tidak salah untuk kita menegur orang lain secara baik sekiranya mereka melakukan kesilapan dan bukannya terus membuta tuli memberi kecaman.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
MRT malaysiaTwitter
https://lomp.at/ycp2i
Share53Tweet33SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem