Monday, August 15, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] Memey Suhaiza Tersentuh Lihat Kasih Bapa Saudara Peluk Pemuda Pengsan Dalam Perbarisan

Perkongsian Memey membuatkan netizen turut tersentuh dan sebak

by Mas Ayu
July 22, 2022
via Instagram Memey Suhaiza

via Instagram Memey Suhaiza

22
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon dan usahawan versatil, Memey Suhaiza memuatnaik video yang sedang tular di media sosial pada ketika ini iaitu rakaman seorang pemuda yang sedang berkawad di lihat jatuh pengsan dalam perbarisan.

Rakaman tersebut memaparkan tindakan seorang bapa kepada pemuda tersebut segera memeluk anaknya untuk kembali berdiri dalam perbarisan terebut.

Titip Doa Untuk Ayah

Gara-gara tersentuh melihat video berkenaan, Memey menitipkan doa untuk ayah menerusi coretan yang ditulisnya dalam muatnaik bersama rakaman tersebut.

“Salam Jumaat. Dari semalam mummy tengok video ni ramai yang update.. Berapa kali tengok pun tetap tersentuh.. Kan? Begitulah tulus dan kasih seorang lelaki yang ikhlas mencintai kita..

Apa antara peranan kita sebagai anak? Dah doakan ayah hari ini?

Ayah, andai hari ini engkau tiada. Maka tidaklah aku wujud di sini. Ayah, namamu kukuh terpahat dalam setiap saat aku bernafas. Bawa hingga ke liang lahad.

Ayah, pengorbananmu itu tak terbalas. Cukup luas. Tak terhitung walau disaji segunung emas. Terima kasih ayah! Kudrat mu itu penguat semangat. Moga Allah hadiahkan syurga untuk kelak kau berehat.” Coretnya

via Instagram Memey Suhaiza

Netizen Sebak

Melihat video yang tular itu di Instagram Memey, rata-rata ramai warganet memberi komen meluahkan berasa tersentuh dan sebak. Menerusi tinjauan Murai MY, ramai yang memberi komen terkenang akan bapa masing-masing tatkala melihat video tersebut.

“Sedih Memey tengok keadaan macam ni. Auto nangis”

“10 kali ulang, 10 kali mengalir air mata”

“Sesangat terharu tengok.. Kasih seorang ayah walaupun cuma ayah angkat” komen warganet

IKLAN

via Instagram Memey Suhaiza

“Saya tengok video ni teringat kat arwah abah..”

“Rindu Allahyarham papa kita”

“Sebenarnya tu bapa saudara dia.. Dia anak yatim piatu.. Pakcik tu yang jaga dia..” komen mereka

View this post on Instagram

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

Sekadar info, kejadian berlaku semasa majlis perbarisan dan kawalan kehormat sempena sambutan Jubli Emas ke-50 dan Tamat Latihan Kursus Asas Sains Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Maktab Penjara Kajang.

Dipetik dari Harian Metro, pemuda yang pengsan dalam perbarisan itu sebenarnya dibantu oleh ayah angkatnya yang juga merupakan bapa saudara pemuda tersebut iaitu Abdul Aziz Ya’ acob.

Menurut laporan, pemuda berkenaan dikenali sebagai Nik Mohd Adhar merupakan anak yatim piatu dan bapa saudaranya telah memelihara pemuda tersebut semenjak sekolah lagi dan dijaga seperti anak kandung sendiri.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: memey suhaiza
Share9Tweet6SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

Abby Abadi & Memey Suhaiza Sewa Bas Pergi Bercuti, Netizen Pula Seronok?
Selebriti

Abby Abadi & Memey Suhaiza Sewa Bas Pergi Bercuti, Netizen Pula Seronok?

by Mas Ayu
June 9, 2022
Mahu Menua Bersama, Ramai Puji Lihat Video Memey Suhaiza Dan Abby Abadi “Dating”
Lokal

Mahu Menua Bersama, Ramai Puji Lihat Video Memey Suhaiza Dan Abby Abadi “Dating”

by Aphit J.
February 6, 2022
Memey Suhaiza Buat Laporan Polis! Dakwa Page ‘Norman & Memey’ Cuba Tipu Pelanggan
Gossip

Memey Suhaiza Buat Laporan Polis! Dakwa Page ‘Norman & Memey’ Cuba Tipu Pelanggan

by Khai Azfar
September 21, 2021
Patutlah Cantik! Jom Intai Produk Penjagaan Wajah 5 Artis Wanita Ini
Budaya

Patutlah Cantik! Jom Intai Produk Penjagaan Wajah 5 Artis Wanita Ini

by Zaidin Albert
June 12, 2019
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Wallahi Benci…”- Aliff Syukri Kongsi MV Aksi Gelek Bersama Baby Shima, Rozita Ibrahim Beri Teguran!

  2. 2

    “Get Well Soon Andi” – Peminat Mula Risau Dengan Video Yang Dimuat Naik Di Instagram Andi Bernadee

  3. 3

    Ditegur Netizen Selepas Azal “Melamar” Neera Azizi Sebagai Isteri, Zarina Zainuddin Beri Penjelasan!

  4. 4

    “Tak Penting Bagi Saya” – Chef Wan Mahu Iklan Berhenti Canang Ayat ‘No.1 Negara’?

  5. 5

    “Mesti Dah Biasa Tengok…”- Baby Shima Bidas Kecaman Netizen Isu MV Lagu Dangdut Bersama Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera