Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

Che Puan Besar Khaleeda Ikuti Perkembangan Kes Dera Adik Alia

Susulan itu beliau akan pastikan pendera tidak akan terlepas dari hukuman

by Puteri Alia
July 25, 2022
via Instagram Daniel Aqil/YM Che Puan Besar Khaleeda

via Instagram Daniel Aqil/YM Che Puan Besar Khaleeda

56
KONGSIAN
Share on Facebook

Masih tular tentang isu penderaan yang melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, yang menjadi mangsa dera ibu bapa angkatnya baru-baru ini. Hal ini terbongkar gara-gara rakaman video yang dimuatnaik oleh pekerja kepada pasangan suami isteri berkenaan.

Che Puan Besar Khaleeda Ikuti Kes

Murai MY menjengah ke Instagram Daniel Aqil atau lebih dikenali sebagai Aqil, pemuda ini yang mendedahkan perbuatan tidak berperikemanusiaan majikannya itu di media sosial.

Melihat di Instagram Story Aqil, pemuda ini berkongsi tangkap layar kiriman mesej yang diterima dari Che Puan Besar Khaleeda. Tindakan beraninya untuk mendapat keadilan buat kanak-kanak perempuan bernama Alia itu, dipuji Che Puan Besar Khaleeda.

Menerusi kiriman mesej tersebut, isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) ini berjanji akan mengikuti perkembangan kes tersebut serta akan pastikan pendera menerima hukuman yang sewajarnya.

“Terima kasih!! Kerana tindakan anda, adik Alia akan mendapat keadilan yang sepatutnya.

Saya akan ikuti kes ini secara dekat dan pastikan pendera tidak akan terlepas dan akan dihukum untuk kesalahan yang mereka telah lakukan.” Mesej Che Puan Besar Khaleeda

via Instagram Daniel Aqil

Muatnaik Tentang Alia Diberhentikan Sementara

Dalam pada itu, Aqil juga mengumumkan di Instagram Story-nya bahawa buat sementara waktu kes siasatan dijalankan dia tidak akan memuatnaik sebarang muatnaik berkaitan Alia kerana khuatir mengganggu proses siasatan.

“Salam semua, atas nasihat pegawai penyiasat, saya akan berhentikan post atau buat live berkenaan Alia. Segala persoalan tentang Alia akan dijawab kemudian sejurus selepas siasatan berakhir.

Dikhuatiri terlalu banyak maklumat dikongsi akan mengganggu proses siasatan. Bersama kita doakan untuk Alia. #justiceforalia” Tulisnya

Murai MY mendoakan agar urusan mendapatkan pembelaan untuk adik Alia dipermudahkan dan pelaku menerima hukuman yang sepatutnya.

AliaChe Puan Besar KhaleedaDaniel Aqilpenderaan
https://lomp.at/0eptu
Share22Tweet14SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem